Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gem.par] | ݢمڤر

Definisi : heboh, gaduh, huru-hara, riuh-rendah, rusuh (kerana berita buruk, letupan, dll): maka orang pun ~lah berlarian ke sana sini; menggemparkan, mempergemparkan ark 1. menghebohkan, meriuhkan, merusuhkan: berita ini ~ seluruh dunia; 2. Pn menakutkan, mengancam: tidak ada gunanya awak ~ saya lagi; tergempar dgn mendadak, dgn sangat tiba­tiba: sidang ~; kegemparan 1. perihal atau rasa gempar; 2. mengalami keadaan gempar: dia tersungkur di hadapan orang ramai yg ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gem.par] | ݢمڤر

Definisi : riuh atau bising kerana sesuatu; kelam-kabut kerana rusuhan dll: Orang ramai yg sedang membeli-belah di pasar itu pun ~lah, semuanya lari bertempiaran. menggemparkan menyebabkan menjadi gempar: Berita itu telah ~ penduduk-penduduk kampung. tergempar dgn mendadak; dgn tiba-tiba: mesyuarat ~. kegemparan keadaan atau hal gempar; peristiwa yg menggemparkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gempar


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
kutieng Bdsejenis burung ketilang.Hujan masih turun. Bunyi burung kutieng masih juga kedengaran, sayup-sayup. Malam itu seisi rumah Panol gempar.Novel Mutiara Dalam Timbunan PasirGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas