getah, *darah getah* Ib | peribahasa untuk keturunan. | Andailah Petara berkenaan mengurniakan belaskasihan dan ihsan. Menghulurkan pertolongan dan bantuan. Aku dapat beroleh darah, beroleh getah. Dapat anak esok, lusa dan kemudian hari, Aku berjanji akan mengadakan satu majlis kenduri. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lalandang Mr | getah kulit buah rotan. | Satu lagi cara untuk mendapatkan warna merah ialah dengan mengeluarkan getah dari kulit buah rotan yang dipanggil `dragon's blood' (Daemonorhops didymophyllus) atau lalandang oleh suku kaum Murut. | Bengkel Anyaman/Tenunan Dan Pewarnaan Tradisional | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lontong II Mr | sejenis racun yang dirumus daripada bisa ular tedung, getah ipuh dan pelbagai bahan lain. | “Kau termakan lontong yang disumbat dalam pisang,” kata bomoh tersebut mengeleng-geleng. Harapan Manasuk untuk sembuh tipis sekali. Setakat ini tiada mangsa lontong yang selamat walaupun bomoh paling hebat dipanggil merawatnya. | Perut Meletup Angkara Lontong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bubung Ib | sejenis perangkap kera yang berbentuk sangkar dan berumpan. | Ada yang menangkap burung dengan getah sempulut dan jerat daripada benang pokok aping. Binatang ditangkap dengan bubung, pencaran dan sumpitan beracun ipuh. Ikan ditangkap dengan pancing. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pisang bangkit Ib | sejenis pisang. | Pada suatu hari setelah berfikir, Raja Entala lalu menebang sepohon pisang bangkit. Pangkai pisang itu diambil dan dibuat sepasang patung yang hampir serupa dengan mereka suami isteri. Raja Entala mengambil getah kayu kumpang untuk dijadikan darah patung itu. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kumpang Ib | sejenis pokok yang buahnya seperti buah keranji dan rasanya masam. | Pada suatu hari setelah berfikir, Raja Entala lalu menebang sepohon pisang bangkit. Pangkai pisang itu diambil dan dibuat sepasang patung yang hampir serupa dengan mereka suami isteri. Raja Entala mengambil getah kayu kumpang untuk dijadikan darah patung itu. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
aping Ib | sejenis pokok palma; kulitnya boleh dibuat benang tali kail atau jerat burung, umbutnya boleh dibuat sayur. Manakala lapisan habuk yang terdapat pada pokoknya boleh digunakan sebagai bahan untuk menyalakan api. | Mereka menangkap burung menggunakan jerat yang diperbuat daripada kulit kayu penduk. Ada yang menangkap burung dengan getah sempulut dan jerat daripada benang pokok aping. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
penduk Ib | sejenis tumbuhan berkayu yang tumbuh di hutan berpaya, kulitnya boleh dibuat tali, batangnya ringan dan mudah reput. | Binatang dan burung memang masih banyak dan mudah didapati di kawasan tersebut. Kawasan itu selalu dikunjungi oleh para pemburu, penangkap ikan dan penyumpit burung. Mereka menangkap burung menggunakan jerat yang diperbuat daripada kulit kayu penduk. Ada yang menangkap burung dengan getah sempulut dan jerat daripada benang pokok aping. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |