anembiak Ib, MSr | golongan muda (belia). | Dan sebagai tetamu kehormat dia telah diberi penghormatan untuk menyembelih binatang bagi upacara kenduri perkahwinan anembiak rumah panjang. | Menganyam Kedukaan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
maran, *maren* Kb, Kh, Kn | golongan aristokrat. | Akan diukir secantik-cantiknya, sesuai dengan asal-usul isterinya sebagai orang maran, anak tunggal mendiang Temenggong Tilo. | Menganyam Kedukaan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kedatuan Bj, Ir, Sl | gelaran bagi golongan bangsawan suku kaum Suluk dan Iranun. | Apu anak tunggal. Anak kesayangan. Orang tua Apu memang orang senang dan disegani di daerah itu. Orang kedatuan. | Pulut Kuning Daging Rendang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sirat Ib | jenis cawat yang digunakan oleh golongan lelaki Iban pada zaman dahulu. | Selepas itu isteri Irang teringat kepada sirat suaminya yang diperbuat daripada kain hitam sepanjang lima depa, sebagai sesuatu yang boleh digunakan untuk menyelamatkan diri dan bayinya. Seterusnya sirat itu dihulurkannya ke bawah dan hujung yang sebelah diikatnya kuat-kuat pada lantai. Melalui satu lubang di tengah bilik dia turun dengan menyusuri sirat yang telah diikatkan sambil mendukung erat bayinya. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pureh, *purih* Ib, Ml, MSr | keturunan. | Biarlah Rina menjadi golongan terpelajar yang mempunyai nilai dan pandangan hidup yang sempurna. Yang dapat menjadi ibu kepada anak-anaknya yang beradat dan mengenali erti kehidupan yang sebenarnya. Biarlah pureh yang dilahirkan oleh Rina nanti tahu menilai adat nenek moyangnya yang baik dan murni. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sangkapan Bj, Ir | sejenis usungan yang digunakan untuk mengangkat jenazah beserta keranda serta pengiringnya dari rumah hingga ke kubur. Biasanya digunakan oleh golongan bangsawan. | Dia yakin, ada juga mereka yang datang itu bersimpati kepadanya dan membuat persediaan pengebumian jenazah. Kaum lelaki sudah pun menyiapkan sangkapan dan payung ubur-ubur empat pasang. Sepasang kayu belian telah pun diukur untuk dijadikan nisan. | Singkowoton | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gadur Bj Sm, Ir, MSb, Tb | sejenis bekas bertutup yang dibuat daripada tembaga, digunakan sebagai hiasan atau dalam majlis-majlis rasmi bagi golongan bangsawan. | Harta lain seperti gong, kulintangan, talam tembaga, gadur dan sumbul yang berjajar di dinding rumah mereka banyak dipamerkan menghias dinding. | Utusan Borneo | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sigi Kd | sigi adalah bentuk sompoton yang terawal yang digunakan oleh orang-orang Kadazandusun. Biasanya sigi mempunyai paruh yang dibuat daripada buluh kecil untuk dijadikan bahagian yang ditiup. Ia hanya digemari oleh golongan tua. | Tonik sigi tidak fleksibel seperti tonik sompoton. Sigi tidak boleh memainkan lagu tempatan berirama moden seperti Sompoton. Oleh kerana itu, ia hanya sesuai untuk memainkan irama-irama asli. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |