bedurok, *durok* Ib, MSr | 1. berderau (saling bantu antara satu sama lain). 2. kerja-kerja gotong-royong yang harus dibalas balik dengan gotong-royong. | Benar, dia tidak perlu bersama apai meminta bantuan dari Kampung Lempaong untuk bedurok membuka hutan, menebang pokok simpuh, semayur, tapang, perupuk dan geronggang, mencantas pula pohon beringin, simpur, rengas, geran dan sisik naga, menebas akar sekuntut, entiba, sarang naga, tapak kuda dan getih. | Antologi Cerpen Bunga Rimba | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mitatabang Kd, Tb | gotong-royong. | “Dengan perpaduan politik yang kuat yang dicapai melalui BN, majlis-majlis kebudayaan seperti Lawatan Tahunan ke Nunuk Ragang harus diberi sokongan penuh, khususnya oleh pemimpin-pemimpin KDM, untuk memperkukuh semangat mitatabang (gotong-royong) dan memperkukuh semangat kekitaan di kalangan masyarakat itu.” | Daily Express (Harian Ekspres) | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pingilis, *pingirih* Bd | bergotong-royong (bertolong bantu, bekerjasama). | Kadang-kadang ada juga Niah ikut sama. Dan apabila turun petang, mereka bawa kayu yang ringan-ringan. Selebihnya Gili akan ajak kawan-kawan untuk mengangkutnya secara pingilis dan gotong-royong. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |