menawa do rasam Kd | memohon hujan. | Abon Munggit memerhati kegiatan di halaman rumahnya. Esok akan bermulalah upacara menawa do rasam. Beberapa orang lelaki sedang mendirikan sulap di tebing sungai sebagai tempat melakukan upacara. | Debur Menerpa | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tompangan Kd KB | sejenis roh baik. | 21. Tompangan – Semangat pagar, melindungi rumah, mengawal halaman, menjaga kampung untuk kesejahteraan orang ramai. | Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota Belud | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tumbolang Tb | tempat membawa air yang diperbuat daripada bambu. | Bagaikan tergesa-gesa dia tiba di halaman rumahnya. Sirah, adiknya baru sahaja muncul dari pangkalan. Dia membawa sebatang tumbolang yang berisi air. Anak gadis itu kelihatan basah kuyup. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mimoh, *mimuh* Bd | mendirikan bangunan. | Kembang rasa hatinya apabila ada jiran yang bertandang atau melintas halaman rumahnya dan bercakap atau bertanya fasal kayu itu. "Siapa buat" "Siapa lagi. Akulah." "Wah, wah! Tak lama lagi, mimohlah kita dua beranak ni…" "Mudah-mudahan." | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mominsala Kd KB | sejenis roh jahat. | 17. Mominsala – Kerjanya mengganggu orang yang membaca mentera dalam upacara puja, tinggal di halaman rumah. | Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota Belud | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
nyeli Ib | sj tumbuhan bijirin (pokok dan buahnya) drpd jenis padi; Coix lachrymajobi. | Apabila dua orang gadis itu mendekati rumah panjang, Bunga Eni dan Bunga Satangkai hanya sebesar ibu kaki. Apabila Kumang dan Lulong tiba di tepian permandian, roh itu sebesar ibu jari. Setiba mereka di halaman, roh itu sebesar sebiji jagung. Seterusnya apabila berada di kaki tangga, roh Bunga Eni dan Bunga Satangkai sudah sebiji nyeli. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |