seluar sumbu MSr | seluar dalam yang diikat dengan tali di pinggang. | Apa bezanya mereka dengan kita. Mereka manusia juga. Kita pun manusia. Apa lebihnya mereka daripada kita. Yang berbeza hanyalah mereka orang datang, kita orang asal. Itu saja. Apa yang ada pada mereka ketika mereka mula-mula datang dulu? Eh, kau tahu tak, kerana merempat di tanah air sendiri, ada yang datang dengan seluar sumbu saja. | Bermulanya Di Sini | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kuriding Bj, Tb | sejenis alat muzik kecapi mulut yang diperbuat daripada kulit pelepah pokok palma (pokok polod). | Dia sedar bahawa segala-galanya telah berakhir. Segala-galanya telah musnah. Dan yang tinggal hanyalah sebilah kuriding bumbu, tanda cinta, secebis kenangan dan sebuah rindu. Rindu, entah dari teluk mana hadirnya. | Bagai Camar Di Lautan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mudur ruroh Ib | sejenis upacara keagamaan bagi gawai burung peringkat kelapan. | Kelapan kali Begawai, gawai ini bernama Gawai Ranyau atau Mudur Ruroh, mana yang lebih disukai oleh orang yang mendirikan gawai. Gawai ini sama dengan Gawai Tusok dan mantera yang digunakan hanyalah setakat kisah menyimpan padi. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gawai tusok, *gawai tusuk* Ib | suatu upacara menusuk dan menjalin semua kepala yang dibawa balik semasa ngayau menjadi satu ikatan kepala sebelum digantung. | Kelapan kali Begawai, gawai ini bernama Gawai Ranyau atau Mudur Ruroh, mana yang lebih disukai oleh orang yang mendirikan gawai. Gawai ini sama dengan Gawai Tusok dan mantera yang digunakan hanyalah setakat kisah menyimpan padi. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |