Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.ri] | هاري

Definisi : 1 masa dua puluh empat jam yg bermula dr matahari terbit sehingga matahari terbit sekali lagi: Dlm seminggu, ada tujuh ~. 2 = siang ~ masa dr matahari terbit sehingga matahari terbenam: tiga ~ tiga malam. 3 masa bekerja dlm satu hari: Dia bekerja enam ~ dlm seminggu. 4 keadaan alam, cuaca dll dlm sesuatu hari: Apabila ~ hujan, dia tidak keluar rumah. ~ akhirat (kemudian) masa selepas musnahnya atau hancurnya alam ini (iaitu selepas hari kiamat). ~ Bapa hari utk mengenang atau memperingati jasa bapa, iaitu pd hari Ahad ketiga dlm bulan Jun. ~ besar hari yg dirayakan utk memperingati sesuatu perkara atau peristiwa penting. ~ bulan tarikh dlm sesuatu bulan yg tertentu; tanggal. ~ depan masa yg akan datang. ~ Guru hari yg disambut utk mengenang atau memperingati jasa guru, iaitu pd 16 Mei. ~ Ibu hari utk mengenang atau memperingati jasa ibu, iaitu pd hari Ahad kedua dlm bulan Mei. ~ Ibu Bapa hari perayaan sekolah dan ibu bapa diundang hadir di perayaan itu. ~ jadi (lahir) a. hari lahirnya seseorang. b. hari ulang tahun kelahiran seseorang. ~ kebangkitan hari apabila manusia dibangkitkan drpd mati utk dihisab segala amalannya. ~ Kebangsaan hari penting yg dirayakan oleh seluruh rakyat. ~ Kemerdekaan (Merdeka) hari yg dirayakan oleh seluruh rakyat utk memperingati kemerdekaan negara. ~ kiamat hari (masa) seluruh alam musnah atau hancur setelah malaikat Israfil meniup sangkakala yg pertama. (~) Lebaran Hari Raya Puasa (1 Sya­wal). ~ muka masa yg akan datang; masa depan. ~ pembalasan hari apabila manusia menerima balasan atas segala amalan baik dan buruk yg dilakukan di dunia. ~ Raya hari yg dimuliakan dan dirayakan kerana menandakan tamatnya puasa atau kerana membesarkan hari orang mengerjakan haji. ~ Raya Haji (Korban, Aidiladha) hari raya yg disambut pd 10 Zulhijah, iaitu selepas hari wukuf. ~ Raya Puasa (Aidilfitri) hari raya yg disambut pd tiap-tiap 1 Syawal; Lebaran. ~ wukuf hari jemaah haji berkumpul di padang Arafah pd 9 Zulhijah. berhari-hari beberapa hari: Kadang-kadang, dia pergi ~ lamanya. hari­an setiap hari; tiap-tiap hari: akhbar ~. sehari satu hari. sehari-hari tiap-tiap hari: Dia membeli barang-barang keperluan ~. seharian, sehari-harian sepanjang hari; sehari suntuk: Dia berasa terlalu letih setelah bekerja ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hari
Kata Terbitan : sehari-hari, sehari-harian, berhari-hari, harian,

Puisi
 

Hari-hari tolak bertimba,
     Jaraknya batang jambu;
Hari-hari tolak bercinta,
     Hajat hati guring sekelambu.


Lihat selanjutnya...(206)
Peribahasa

Hari tak selamanya panas.

Bermaksud :

Untung dan malang silih berganti.

 

Lihat selanjutnya...(49)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
kaval Rgsejenis baju berlengan panjang tetapi bahagian lengan berkenaan tidak berjahit, dipakai oleh wanita.Kaval - baju panjang tangan - tangannya dibelah tidak berjahit. Ia dipakai pada waktu hari-hari keramaian saja. Ianya berwarna-warni dan diperbuat daripada benang kapas.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pana Ibnasi hitam yang dimakan oleh keluarga terdekat (isteri, ibu, suami) selama tiga hari atau lima hari atau tujuh hari selepas mayat dikebumikan.Selepas balik dari upacara pengebumian itu telenga atap atau bahagian atap yang selalu dibuka pada bilik orang yang mati ditutup. Ini ialah supaya, kalau gelap di dunia ini, di dunia kematian atau sebayan rumahnya akan menjadi terang. Selepas itu upacara berkabung pun dimulakan. Orang yang memakan pana pun mulalah memakan nasi hitam sebagai tanda kesedihan di kalangan ahli keluarga si mati.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
modtudau Kdadat berjaga malam, selama tujuh mlm, apabila seseorang meninggal (dalam masyarakat Kadazandusun).Mata Umbit yang cengkung itu menyapu merah tanah yang ada di hujung kakinya. Dan, hari ini adalah hari ketujuh dari hari kematian Oyong itu. Ini bererti, malam ini juga merupakan malam terakhir bagi medtudau di rumah.‘Songgorib’Glosari Leksikal Bahasa Sukuan
suruan, *seruan* Bj Smupacara selepas merisik .Bayangkan, begitu dia diberitahu tentang keluarga Riad yang tilau-tilau idaan bertanya tentang dirinya, diikuti penentuan hari suruan, hari yang dinanti-nanti itu menerpa datang.Dari Dalam CerminGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sandau hari Ibmajlis keramaian bagi menandakan kegembiraan, diadakan pada siang hari sahaja.Bapa mentuanya sungguh gembira menyambut ketibaannya itu. Mereka pun terus mengadakan upacara ‘sandau hari’ untuk menandakan kegembiraan.Antologi Cerita Rakyat IbanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
molukas Kdupacara membersihkan dan menyapu rumah selepas hari ketujuh si mati dikubur.Pada hari yang ketujuh selepas mayat si mati dikubur, keluarga si mati akan melakukan upacara membersihkan dan menyapu rumah. Upacara ini dipanggil "Molukas" atau "Momgimuau". Tujuannya adalah untuk membuang kesan-kesan peninggalan si mati supaya keluarga yang masih hidup tidak diganggu oleh roh si mati.Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan KadazanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
turun tanah Bdmemulakan semula kerja selepas berselang beberapa hari atau minggu.Kalau dapat, sampai tujuh hari baharulah turun tanah, sambung Nek Siku lagi walaupun dia mengesani juga bahawa Josika tidak berminat bercakap dengan orang. Dia berharap Josika faham akan maksudnya.Novel NgoncongGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tulandad Kd Tnmenangkap ikan pada hari tidak bekerja.Biasanya, kerja menangkap ikan dilakukan oleh orang-orang Kadazan pada hari mereka tidak bekerja yang disebut "tulandad".Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan KadazanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tadau kaamatan Kd, Mrsejenis perayaan masyarakat Kadazandusun Murut selepas menuai.Tadau Kaamatan ialah hari kelepasan menuai, yakni merupakan hari di mana penanam padi di kawasan Kuala Penyu telah selesai menuai padi mereka dan mengiriknya sekali.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tibuku Kd, Mr, Tbsimpulan tali atau rotan yang dibuat sebagai pengganti surat menandakan tarikh hari sesuatu upacara (selalunya perkahwinan), setiap simpulan menandakan satu hari.Ketua rumah menghantar tibuku atau simpulan rotan ke kampung-kampung. Sesiapa yang menerima simpulan rotan yang memberitahu tarikh menghantar tajau mayat, akan menghantarkannya pula ke kampung lain dan seterusnya.Antologi Cerpen Dukanya AbadiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
12345678910

Kembali ke atas