Bingku Mr Tl | upacara pemujaan semangat padi, iaitu suatu upacara pernyataan syukur terhadap semangat yang mengawal padi kerana kemurahannya memberi hasil padi yang baik sepanjang musim itu. | Upacara Bingku ialah upacara pemujaan semangat padi, iaitu suatu upacara pernyataan syukur terhadap semangat yang mengawal padi kerana kemurahannya memberi hasil padi yang baik sepanjang musim itu. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
amavas Mr Tl | upacara ini dilakukan untuk mententeramkan semangat dan menghalau perosak-perosak padi supaya petani mendapat hasil tuaian yang baik. | Apabila sahaja padi mula menguning, seorang spesialis upacara amal, biasanya seorang lelaki tua, dipanggil untuk melakukan satu upacara amal, amavas, di petak padi. Upacara ini dilakukan untuk mententeramkan semangat dan menghalau perosak-perosak padi supaya petani mendapat hasil tuaian yang baik. | Padi dan Keajaibannya | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sangod Kd | kepala musuh (hasil daripada mengayau). | Mengikut ayah lagi, kedua-dua datuknya masih memakai kalung dengan pecahan tengkorak burung tersebut. Apabila datuknya meninggal dunia maka segala pakaian, tangkal dan sangod turut dikubur bersama. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
meliana MSb | kaya raya. | Desa Selengkutai amat meliana dengan hasil pertanian terutamanya padi dan buah-buahan tempatan. | Nembiluk | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tampin Mr Tl | proses menyimpan padi (yang siap ditampi) mengikut kuantiti hasil tuaian pada ketika itu. | Padi yang siap ditampi kemudiannya disimpan di tempat simpanan yang berbeza dari segi saiz bergantung pada kuantiti dan jenis bekas yang dimiliki oleh petani. Proses ini dipanggil tampin. | Padi dan Keajaibannya | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
selanji Ib | sebakul. | Hm... m.... m, syukurlah kalau mendapat selanji hasil,” keluh Kemuja sambil mengubah tali bakul dengan tangannya. Kemudian dia menuai semula. | Bumi Bertuah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
nindapuan Kd KB | harta pencarian. | Pencarian ialah harta yang didapati hasil dari usaha sendiri, disebut dalam Bahasa Dusun sebagai “nindapuan” | Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota Belud | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
semio Bj Sm | pasar tani, tamu. | Desa Selengkutai amat meliana dengan hasil pertanian terutamanya padi dan buah-buahan tempatan. Di samping itu Desa Selengkutai mempunyai semio untuk berurus niaga. | Nembiluk | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kulimbong Mr Tl | jelapang padi kecil yang diperbuat kulit kayu. | Jika hasil tuaian tidak banyak maka padi ini disimpan dalam bekas yang kecil dipanggil kulimbong. | Padi dan Keajaibannya | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
monogit Kd | upacara makan minum bersama keluarga dan jiran yg berlangsung selama seminggu untuk meraikan hasil tuaian yang banyak. | Upacara Magavau disusuli dengan upacara keramaian atau Humabot dan upacara keriangan atau Monogit. Dalam upacara ini tarian-tarian tradisional masyarakat Kadazan/Dusun akan dipersembahkan dengan diiringi minuman tradisi seperti tapai, bahar dan lihing. | Upacara Magavau: Kemanakah Menghilang? | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |