antap MSr | melampau, berhabis-habisan. | Celaka manuk! Antap sungguh kenenan Kassim. Terhenyak Bidin mendengarnya. Hendak ditolak, walhalnya benar. Hendak tak hendak, terpaksa juga Bidin mengekek mengiringi ketawa rakannya yang memang terkenal penyakat itu. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
begaut, *ngarak begaut* Bd, Ib, MSr | tergesa-gesa, hendak cepat, bergegas. | Tidaklah aku naik, terima kasihlah. Aku begaut hendak pulang kerana mungkin malam ini aku hendak terus berbincang dengan kaum penghuni rumah panjang kami tentang perkara pindah ini. | Antologi Cerita Rakyat Iban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ngebat Ib | mengikat bahagian-bahagian benang yang hendak dicelup supaya kekal warna asal bahagian yang diikat itu. | Proses berikutnya dipanggil ngebat (mengikat bahagian-bahagian benang yang hendak diwarnakan dengan warna-warna tertentu setelah benang itu disusun dengan cara yang teratur). Setelah dikebat atau diikat barulah benang itu disepuhkan ke dalam dulang yang mengandungi air mengkudu. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
wai Ib | kata sapaan mesra. | Baru saja kedua beranak itu bersiap-siap hendak beradu tenaga menghulurkan perahu ke gigi air, tiba-tiba kedengaran suara yang menegur:“Hoi wai! Hendak ke mana tu?” | Berakhirnya Pesta Ngongcong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tunggal-menunggal MSr | sepupu (dalam bilangan yang besar). | Malah kalau ada cucunya yang hendak memakan sesuatu, terpaksa pula bersembunyi di balik pintu atau ke mana-mana sahaja asalkan dapat bersendirian. Hendak berkongsi adalah mustahil kerana bilangan mereka tunggal-menunggal terlalu ramai. | Buhul-Buhul Kasih Di Benang Basah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
imbuk Ib | sejenis burung liar seakan-akan merpati, bulunya berwarna biru kehitam-hitaman. | “Hem, saudara. Kami hendak pergi menangkap burung imbuk yang tidur di atas pentas papan. Kami hendak memerangkap burung sengayan yang tidur berbantalkan bungkusan bunga-bungaan kering,” jawab Laja menggunakan perumpamaan. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
rampang Ib | hampas. | Awak bukan berhajat hendak melawat saya tetapi, berhentilah di sini dulu. Sudah lama ramuan rampang bunga gadis Satik melimpasi kami di sini, sahut adik Jambi. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pongolitak Kd | tangkal. | Mengikut cerita ayah, pemburupemburu yang hendak pergi berburu dengan anjing-anjing mereka harus membuat dan membawa bersama mereka alat ini. Alat ini digunakan sebagai pongolitak atau penolak bala untuk melindungi pemburu dari tersesat semasa memburu di hutan. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
melimpasi, *melimpas* MSr | melalui, melewati. | Awak bukan berhajat hendak melawat saya tetapi, berhentilah di sini dulu. Sudah lama ramuan rampang bunga gadis Satik melimpasi kami di sini, sahut adik Jambi. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
singkol MSr | kekok, rasa canggung. | Aaaa.... ! Dia agak ragu-ragu hendak mengatakan hasrat awalnya. Ketika menatap wajah Kamalina, dia tidak mengelipkan mata sedang Kamalina berasa begitu singkol dengan orang yang merenungnya begitu. Syam sendiri tidak pernah berbuat begitu terhadapnya. | Bermulanya Di Sini | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |