Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hia.san] | هياسن

Definisi : segala yg digunakan utk menghiasi sesuatu: sekeping gambar wanita telah dijadikan ~ kulit majalah itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hia.san] | هياسن

Definisi : hasil menghias: ~ di dlm bilik itu sungguh menarik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hias
Kata Terbitan : berhias, menghiaskan, hiasan, perhiasan, penghias,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
largu Tbpakaian penari lelaki tarian runsai (tanpa hiasan).Penari-penari lelaki pula sering kali menggunakan pakaian-pakaian seperti di bawah: Largu/Sipakan - Baju jenis largu adalah baju tanpa hiasan apa-apa; manakala baju Sipakan pula adalah baju yang dihiasi dengan tekatan benang aneka warna di samping manik-manik dan butang-butang betawi.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
mandapon Irhiasan pakaian mereka yg menarikan tarian Darangan Sumagayan.Pakaian bagi kaum lelaki untuk maksud penarian tarian ini ialah malboro, tanjak, mandapon dan bobotolan manakala wanitanya pula memakai pakaian sirisip, malboro, mandapon dan juga bobotolan.Darangan Sumagayan’ tarian lagendaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
almanis Bj, Slhiasan pada bahagian dada baju sigpit alal bimbang. Perhiasan ini seperti kerongsang dibuat daripada emas dan dijahit terus pada baju. Satu set al-manis terdiri daripada 15 keping, disusun tujuh sebelah dan satu bucu di bahagian bawah dada.Baju sigpit alal bimbang sepadan dengan tubuhnya yang langsing. Mengikut bentuk badan dan berwarna ungu, dihiasi almanis di bahagian dadanya. Saire mengayun-ayun tangannya.Sejambak Bunga EmasGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tarimpak, *sarimpak* Bj, MSbhiasan kepala, mahkota yg diperbuat drpd tembaga yg diukir dan berjuntai-juntai.Kaum lelaki tidak terlibat pada acara tersebut kecuali untuk bermain muzik yang terdiri dari 1 biji rebana, tiga biji telatok yang diperbuat rai buluh jenis poring. Pakaian yang dipakai terdiri dari kebaya, kain songket dan tarimpak.Tarian sambut kelahiran bayiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bungkas I Mrsejenis hiasan pada pakaian tradisional suku kaum Murut yang diletakkan pada bahagian pinggang.Kau tau tak, kau dah menolak tuah tadi? Kau tau tak, apa yang mereka bawa tadi? Huh! Macam tatamong untuk anak dara! Punyalah banyak buah-buah manik bungkas dan manik lalasu yang mereka bawa!Antologi Cerpen Dukanya AbadiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
panji-panji Bj, Sl, Tbhiasan lepa.Untuk majlis perkahwinan pemasangan layar yang berfungsi sebagai perhiasan berbentuk segi tiga dipanggil ‘kipas-kipas’ dan bendera segi empat tepat dikenali sebagai ‘sambuhlayang’ dan ‘panji-panji’ digunakan untuk menghiasi lepa. Manakala tali panjang pada lepa itu dipanggil ‘salingguru’.www.berita Harian. com.myGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
atang Mrpapan rentang berukir (hiasan dinding) berbentuk seperti burung enggang.Balon terus mencuba. Balon mahu membuktikan yang dia tetap gah dalam tarian itu. Menari-nari sisitan dan atangnya apabila tersentuh kingkilat.LansaranGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
mogah Bj Sm, Irkain tenunan untuk hiasan.Kerja-kerja tangan mereka yang bermutu tinggi seperti tenunan kain mogah dan tenunan dastar, menghiasi dinding rumah yang sobek-sobek.Dalam CerminGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pua kumbu Ibkain tenunan Iban yang digunakan untuk hiasan atau sebagai selimut.Beberapa lembar pua kumbu digulung dengan dua gulung tikar juga turut dibayakkan.Dewan SasteraGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kingkilat Mrhadiah yang digantung di sisitan.Kingkilat berayun. Berkemalai bagai hiasan sanggul penari istana pada zaman lampau. Mereka melompat dengan penuh azam dan tekad, untuk mengambil kingkilat yang tergantung di atas. Kingkilat bergerak utuh. Beralun ke kiri dan ke kanan. Suara bergerantangan.LansaranGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
12

Kembali ke atas