Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hing.ga] | هيڠݢ

Definisi : 1. garis yg terakhir, batas: tiap-tiap sesuatu ada ~ batasnya; 2. sampai ke (had tempat, waktu, dll): percakapan terhenti ~ itu, masing-masing berdiri mencari tempat sujud; ~ kini sampai pd ketika ini; ~ kini ke atas pd masa sekarang dan selanjutnya; 3. = se­hingga, hinggakan, sehinggakan sam­pai pd keadaan (masa dll), sampai menjadi: ~ matahari telah condong benar ke barat barulah si Tanggang berkayuh balik; 4. sl setelah (sudah); berhingga ada batasnya (hadnya), berbatas: air matanya bercucuran tiada ~ spt air laut; menghinggakan, memperhinggakan me­­netap­kan batasnya (jumlah dll), membatasi, mengehadkan: suka sangat rasa hatinya, tidak dapat diperhinggakan; terhingga terbatas, terhad: kpd beliau ini kita berhutang budi yg tidak ~; maka Laksamana keluar masuk istana tiadalah ~ lagi; perhinggaan batas (batasan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hing.ga] | هيڠݢ

Definisi : 1 garis yg penghabisan atau ter­akhir; batas: Tiap-tiap sesuatu ada ~nya. 2 sampai ke had tertentu: Mesyuarat itu berlangsung dr pukul sepuluh pagi ~ pukul dua belas tengah hari. 3 = sehingga sampai ke (bkn masa dll); sampai menjadi: Mengkuang itu dijemur di atas padang atau di tempat-tempat yg lapang ~ kering. berhingga ada batas atau hadnya; berbatas: Air matanya bercucuran tidak ~ spt air hujan. menghinggakan menentukan batas atau hadnya; mengehadkan. terhingga terbatas; terhad: Kerajaan telah membelanjakan wang yg tidak ~ banyaknya utk pembangunan negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hingga
1. Bersinonim dengan batas
( had, takat, sempadan, )
(kata nama:)

2. Dalam konteks waktu
bersinonim dengan sampai, lajak, takat,
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan menyebabkan
( membawa ke, mengakibatkan, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : sehingga, hinggakan, sehinggakan, berhingga, menghinggakan, terhingga, perhinggaan,

Puisi
 

Kalau menangkap ikan kurau,
     Rentang jaring hingga ke seberang;
Adat hidup sahabat bergurau,
     Sudah mati terbaring seorang.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Putus benang boleh dihubung,
     putus arang bercerai lalu.

Bermaksud :

Persahabatan atau perkahwinan yang sudah putus sama sekali hingga tidak dapat diperbaiki lagi.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
sumurut Kdtempoh pembesaran kanak-kanak yang berusia 1 hingga 15 tahun.Di dalam tempoh yang dipanggil "sumurut" ini, mereka mula belajar mengenal nama-nama binatang dan tumbuh-tumbuhan. Setelah mencapai usia 15 tahun, mereka selalunya telahpun hampir tamat mengenali semua nama binatang dan tumbuh-tumbuhan.Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan KadazanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ganggalong Rgsejenis perhiasan wanita.Ganggalong - lingkaran tembaga yang dililit ke leher hingga ke bahu. Panjangnya kira-kira 20 kaki, garis lintangnya kira-kira 18 inci.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sangkapan Bj, Irsejenis usungan yang digunakan untuk mengangkat jenazah beserta keranda serta pengiringnya dari rumah hingga ke kubur. Biasanya digunakan oleh golongan bangsawan.Dia yakin, ada juga mereka yang datang itu bersimpati kepadanya dan membuat persediaan pengebumian jenazah. Kaum lelaki sudah pun menyiapkan sangkapan dan payung ubur-ubur empat pasang. Sepasang kayu belian telah pun diukur untuk dijadikan nisan.SingkowotonGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
jupit, *lupit* Ib, MSrhitungan hari selepas tulat.Rentap sedar benar keriuhan itu pasti berlarutan hingga ke pagi esok, petang dan malam esoknya. Mungkin berlarutan ke lusa dan jupit. Tentu ramai yang mericau tidak ketentuan.Ketipung Bunga JambuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kulipis MSbkuih – pulut ditanak bersama-sama santan dan garam, kemudian dibungkus dengan daun dan dikukus semula hingga masak.kulipis - nasi pulut yang dimasak dengan santan dan garam.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sayat sa rending Irupacara membuka tirai pelamin semasa majlis persandingan.Pelamin, ditutup dengan kain sebanyak tiga hingga tujuh lapis yang dikenali sebagai sayat sa rending. Upacara untuk membatalkan air sembahyang iaitu dengan cara menyarungkan cincin di jari perempuan.Proses Perkahwinan Masyarakat IranunGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
nasulang Kdgagal menuba.Setelah kerja-kerja menuba selesai, mereka berehat dan menanti di darat selama setengah jam hingga sejam sambil memerhatikan sama ada tubaan mereka itu berhasil atau tidak. "Nasulang" ialah istilah orang-orang Kadazan bagi kerja-kerja menuba yang gagal.Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan KadazanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
balung Bj Smsejenis obor-obor yang berbisa (tidak boleh dimakan).Balung atau ubur-ubur selalunya banyak dan bermusim pada bulan Ogos hingga November setiap tahun. Mereka suka berenang di permukaan laut yang berair jernih. Kelajuannya boleh mencapai 4 knot. Warnanya putih dan kadang-kadang macam warna air susu. Ia boleh disebarkan oleh angin dan ombak. Mereka tinggal di semua bahagian laut, jelas Pak Hilun sambil memandang Minarni.Yanti Si Anak LautGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
lumayang Kd Tnupacara pengubatan.Selepas ini, iaitu ketika hari sudah hampir subuh, ia pun lalu mengambil sangkuban tadi yang dibuat mengikut bentuk perahu, untuk upacara lumayang, iaitu menghayunnya hingga kira-kira satu jam setengah.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sangkuban Kd Tnsejenis alat berbentuk perahu yang dihayun dalam upacara lumayang.Selepas ini, iaitu ketika hari sudah hampir subuh, ia pun lalu mengambil sangkuban tadi yang dibuat mengikut bentuk perahu, untuk upacara lumayang, iaitu menghayunnya hingga kira-kira satu jam setengah.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
12

Kembali ke atas