bobogon Kd | sejenis kulit kayu yang boleh diketuk-ketuk/pukul untuk dijadikan cawat. | Sadi mengeluh panjang. Baju tanpa lengan yang penuh dihiasi siput laut, terasa semakin berat dan membebankan jiwanya. Tali pinggang daripada kesumba terasa semakin menjerut perutnya. `Hujung-hujung perut anak isteriku tidak terisi', fikirnya. Kulit kayu jenis `bobogon' yang dijadikan cawat di tubuhnya, diusap lembut. | Singkowoton | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lakai LB | hujung bulu ekor ayam jantan. | Pengiran anak Raca Sarip mengantuk lalu tertidur di situ. Dia tidur di tengah-tengah Tuked Remini dan Balang Lemudan. Tuked Remini mengambil segenggam abu lalu meletakkannya di hujung lakai Pengiran anak Raca Sarip itu. | Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun Bawang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lamak bua'an Bj, Sl | sejenis layar kain yang mempunyai lekuk pada satu bahagian hujung yang menyamai mulut ikan. | “Lamak bua’an’ lebih besar dan ia mempunyai lekuk pada satu bahagian hujung yang menyamai mulut ikan. | www.berita Harian .com.my | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
resu Ib | buih yang keluar pada hujung kayu yang tidak terbakar (semasa dibakar). | “Berbau bunga pundaklah ini, yang ditanak oleh gadis dagang. Ada juga terhidu wangi resu garu tulang. Tidak pernah saya tercium wangi seperti ini, wangi minyak nyaman yang tahan sebulan, wangi minyak embun yang tahan setahun,” kata Raja Sawa sambil termenung sendiri. | Kumang Mencari Tarum | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kurobu Kd | sejenis labu air. | Setelah hujung paip ditebuk sodi ditekap ke atas lubang yang disediakan. Sopinit digunakan untuk menggam pinggir kelilingnya serta pada celah-celah bukaan kurobu. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
susuput Kd | sejenis alat yang diperbuat daripada besi yang mempunyai hujung yang tajam. Ia digunakan sebagai penebuk lubang. | Untuk menebuk lubang, kita gunakan susuput yang tirus. Jarak antara lubang bagi turali dalam ukuran ini ialah tujuh sentimeter. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tadul, *todul* Kd | kayu kecil yg dijadikan penyangga di kedua-dua hujung tali pada tongkungon. | Encik Janil Kiwai dari Kampung Lobong Tambunan telah menyatakan bahawa setiap tali atau dorongan haruslah berbeza-beza panjangnya bagi maksud menghasilkan bunyi yang berlainan dan untuk menghasilkan bunyi seperti ini si pemain haruslah mempunyai kemahiran untuk meletakkan penadul atau tadul seperti tercatat dalam rajah. | Tongkungan dimain ketika menunggu padi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ensenga Ib | bubu atau lukah yang diperbuat daripada ruas buluh yang dibelah di sebelah satu hujung. Perangkap ini diletakkan di sungai dengan bahagian terbukanya ke arah hulu sungai sejenis perangkap ikan. | Apabila usia mereka meningkat tujuh tahun lapan bulan, mereka sentiasa menjadi ketua kanak-kanak lain semasa bermain, menjala dan mengail ikan, menahan bubu dan ensenga. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
giak II Ib, Kh, MSr | kayu penahan timbau (dinding tambahan pada perahu). | Tangkas tangannya mencengkam erat hujung jangkar yang tergeliat menekan giak depan perahu. Sambil melonjak-lonjakkan tubuhnya, Anjang Husin cuba menolak jangkar sekuat tenaga. | Antologi Cerpen Hati (15 Cerpen dari Bumi Kenyalang) | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sarah Ib, Ml, MSr | peti kayu untuk simpan pakaian. | Sebuah sarah besar yang dibuat ayahnya seperti almari terdiri di hujung katilnya, dan dalam sarah itulah tempat dia menyimpan buku-buku dan majalah-majalah lama, kononnya untuk perhiasan. | Antologi Cerpen Hati | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |