Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.jap] | اينجڤ

Definisi : 1. pintu pd bubu yg berbentuk corong utk ikan masuk (tetapi menahannya drpd keluar), unjap, pelidah: ikan besar tidak ada seekor pun, adakah kerana ~ lukah itu terlalu kecil?; masuk ~ tertipu (tertangkap dll); 2. benda yg mencegah cecair atau angin mengalir kembali (dlm paip, jantung, dll): salur darah mempunyai ~ bagi mencegah darah mengalir balik dr arahnya; ~ ini menyekat apabila minyak sudah penuh dlm luang pelampung; 3. (Bio) segmen yg terjadi setelah pecahnya kelompang, sebelah drpd cepu debunga setelah pecah: sebelum pucuk berdaun keluar, langgai-langgai ini pecah terbuka oleh lima buah ~ lalu melepasbebaskan kekabu keluar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[in.jap] | اينجڤ

Definisi : 1 pintu lukah yg berbentuk spt corong utk memungkinkan ikan masuk tetapi menyekatnya drpd keluar semula. 2 benda (tiub dsb) yg menahan angin atau air mengalir ke belakang atau ke luar. ~ ekzos injap pd sebatang silinder di dlm sesebuah enjin pembakaran dalam yg mengawal kadar aliran gas yg digunakan. ~ elektronik injap yg membenarkan elektron mengalir melaluinya mengikut satu arah saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
injap (kata nama)
1. Bersinonim dengan pintu bubu: unjap, sisir, pelidah,

2. Dalam konteks pada pam
bersinonim dengan kodok-kodok, pentil.,



Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
mering LBsejenis perangkap ikan berbentuk seperti bubu tetapi ia tidak mempunyai injap dan dipasang secara melawan arus. Ia diperbuat daripada buluh.Di hilir sungai itu ada sebuah mering kepunyaan Angi. Libau pun naik ke atas tebing dan menghampiri pondok Angi tadi.Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun BawangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas