Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.la] | جالا

Definisi : sj alat berbentuk jaring yg digunakan utk menangkap ikan; ~ anding sj jala utk menangkap ikan anding; ~ rambang sj jala yg mempunyai mulut besar; ~ rambut kain net kecil drpd nilon yg di­guna­kan utk menutup rambut wanita agar ke­lihatan kemas; ~ tambang sj jala utk me­nang­kap ikan tambang; ~ udang sj jala kecil utk menangkap udang; ikan terkilat, ~ tiba prb sangat cepat dapat menangkap maksud perkataan orang, tindakan yg cepat; jala-jala, jejala sesuatu yg menyerupai jala (kisi-kisi dll), bahagian atau dinding rumah yg berlubang-lubang (berkerawang dll) tempat angin masuk; ~ rambut jala rambut; berjala 1. mempunyai jala; 2. menyerupai (berbentuk) jala: tumbuhan itu, uratnya berkayu dan ~; menjala menangkap ikan dgn menggunakan jala; siapa ~ siapa terjun prb siapa yg ingin sesuatu dialah yg harus berusaha; penjalaan perbuatan (kerja) menjala; penjala orang yg menjala. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.la] | جالا

Definisi : ; ~ mas Kl sj kuih yg dibuat drpd telur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.la] | جالا

Definisi : sj siratan benang yg diberi berantai sbg alat utk menangkap ikan. jala-jala, jejala sesuatu yg menyerupai jala: dawai ~. menjala menangkap ikan dgn jala. penjala orang yg menjala. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jala

Puisi
 

Jala rambang berantai timah,
     Hendak menebar laut Melaka;
Mata rambang hendaklah diubah,
     Jikalau tidak badan binasa.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Sambang penuh jala terletak,
     laut kering ikan mengempas.

Bermaksud :

Usaha yang berhasil dengan baik sekali. sambang = keruntung ikan.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
jalak, *jala* MSbsejenis kuih yang diperbuat daripada tepung beras, kuih karas.Sebelum naik ke perahu Kabau membeli beberapa biji kuih sebagai bekal. Kuih jalak, pais, penganan dan apam. Kuih-kuih itu bukan saja untuknya tetapi juga untuk Yanti, Minarni dan Pak Hilun.Yanti Si Anak LautGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
jengkuan Ibalat untuk menjahit jala, jaring dan sebagainya.Alat untuk memasukkan benang dinamakan jengkuan.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tengang Ibsejenis akar; seratnya kuat dan dapat digunakan sebagai benang untuk membuat tali kail, jerat dan jala.Ikan ditangkap dengan pancing. Talinya diperbuat daripada benang yang didapati dari sejenis akar iaitu tengang. Bubu digunakan di sungai yang besar dan ensenga digunakan di anak sungai.Novel SatangkaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bangkala Kd KPsejenis bubu.Mereka menangkap ikan di sawah-sawah padi, kolam dan sungai yang berhampiran dengan menggunakan jala, pukat dan alat-alat penangkap ikan tradisional seperti "siud", "savak", bubu, "bangkala" dan "tambong".Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan KadazanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tambong Kd Tnsejenis alat menangkap ikan.Mereka menangkap ikan di sawah-sawah padi, kolam dan sungai yang berhampiran dengan menggunakan jala, pukat dan alat-alat penangkap ikan tradisional seperti "siud", "savak", bubu, "bangkala" dan "tambong".Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan KadazanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
savak Kdsejenis penangkap ikan seperti siud (besar).Mereka menangkap ikan di sawah-sawah padi, kolam dan sungai yang berhampiran dengan menggunakan jala, pukat dan alat-alat penangkap ikan tradisional seperti "siud", "savak", bubu, "bangkala" dan "tambong".Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan KadazanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas