capi-capi MSr | kelakuan dan kata-kata yang tidak senonoh, celupar. | Sebenarnya hutan itu tidaklah setebal hutan di bukit yang mereka lalui tadi. Barangkali hutan paya, fikir Kasim. "Ingat! Di sini jangan capi-capi. Dali, kautahu keadaan di hutan. Jadi hati-hati," ujar Pak Tunggal. | Novel Senapang Bemban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
miring Ib | upacara mempersembahkan makanan untuk dewa. | Oh... saudara Baring, keluarlah. Jangan mengusik emak dalam bilik, kata hantu itu tadi. Baring pun keluar dan terus memulakan upacara miring walaupun tidak mempunyai pengalaman dalam tugas tersebut. Mereka yang lain pun turut miring. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
berawan LB | waktu senjakala. | Tolong asuhkan anakku dan anggaplah dia sebagai anakmu sendiri supaya dia tidak akan tahu hal tersebut. Apabila berawan (keadaan pada waktu malam di mana cahaya di luar macam kekuningan) jangan biarkan anak-anak keluar. | Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun Bawang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kulung-kulung Kd | bahagian bawah rumah. | Bangunan-bangunan tinggi yang memuncak begitu cantik, terlalu asing bagiku. Tidak seperti yang aku rasakan di kampungku, terlalu damai melihat kerbau-kerbau jinak berkeliaran di bawah kulung-kulung rumah. | Jangan ke Kota | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
beserara Ib | suatu upacara memisahkan roh orang yang sudah mati dengan roh orang yang masih hidup yang dijalankan oleh pawang – serara’ bungai. | Yang awak punya, keluarkan juga! kata Keling kepada Tuam. Tuam pun mengeluarkan pua kumbunya yang digulung kecil, sebesar sumpitan. "Eh.... itu aku punya, jangan keluarkan itu. Itu adalah upah upacara beserara aku petang kelmarin. Itu bukan pua kumbu yang awak buat," kata Nek Manang. Apabila dihampar oleh Tuam, kelihatan pua kumbu seluas ruai. Apabila disambung pua kumbu itu tidak dapat bersambung. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |