Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.ngan.ja.ngan] | جاڠن٢

Definisi : entah-entah, entahkan, ba­rang­­kali: ~ dia dah lari; ~ dia tidak terdaya hendak menjalankan kerjanya nanti; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.ngan.ja.ngan] | جاڠن٢

Definisi : mungkin juga; barangkali: Ahmad belum datang lagi, ~ ia sakit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jangan-jangan

Puisi
 

Selasih jangan tinggi,
     Kalau tinggi berdaun jangan;
Kekasih jangan pergi,
     Kalau pergi bertahun jangan.


Lihat selanjutnya...(564)
Peribahasa

Mara jangan dipikat (= dipukat),
     rezeki jangan ditolak.

Bermaksud :

Bahaya jangan dicari-cari, rezeki meskipun sedikit haruslah diterima dengan syukur.

 

Lihat selanjutnya...(163)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
pugai I MSbmengenakan ubat guna-guna untuk membuatkan seseorang menyukai seseorang yang lain (lelaki dan perempuan) dengan menggunakan minyak dan sebagainya.Jangan-jangan, kau ni dah dirasuk oleh roh jahatnya. Barangkali, kau ni dah dipugainya! bentak Angusi.Antologi Cerpen Dukanya AbadiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ngirup Ibminum.Jangan buat macam tu. Kita ngirup untuk kejayaan. Bukannya bunuh-membunuh.Gugurnya Langit Hijau Nanga TigaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kinayoo Mr, Tbbesar.Jangan makan saya! Tetapi kita pergi bersama-sama ke hulu! Di sanalah kampung kami di hulu sungai Kinayoo. Waduh! Banyak orang di kampung kami, kata pelanduk itu kepada buaya itu.Sabah Folk Tales 1-7Glosari Leksikal Bahasa Sukuan
pumpong, *pumpung* Ib, MSrmencantas.Kau jangan merendah-rendahkan aku, Rentap. Nanti kupumpong kepala kau. Tanpa disedari terpancut kata-kata ancaman daripada Kibong. Mukanya merah. Rentap sedikit gugup. Mujurlah dia masih berupaya menenangkan hatinya.Ketipung Bunga JambuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
rabat Ibsuasana kesedihan kerana kematian.Watt jangan terlalu minum arak dan langkau. Ini rabat hari kematian bukan bergawai. Watt tentu tahu. Kadang-kadang orang yang datang itu bukan untuk menghormati orang mati, tetapi bersukaria.Antologi Cerpen Bunga RimbaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
jogo bana Bj Smberhati-hati.“Serang! Serang! Serang! Jangan beri peluang kepada Belah Darag menawan kita,” begitu bersemangat Embo Temah. Jogo bana anak-anak Selengkutai!NembilukGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
miring Ibupacara mempersembahkan makanan untuk dewa.Oh... saudara Baring, keluarlah. Jangan mengusik emak dalam bilik, kata hantu itu tadi. Baring pun keluar dan terus memulakan upacara miring walaupun tidak mempunyai pengalaman dalam tugas tersebut. Mereka yang lain pun turut miring.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
aman Kd, Mrsapaan hormat untuk lelaki yang lebih tua.Ya, sahut Mogan bangga "Jangan resah Aman, saya selalu pandu Land Cruiser ke Nabawan, Dalit, Kelampun dan Batu Lunguyan," kata Mogan cuba meyakini Encik Safuan.Pelangi Selepas HujanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
dom, *dum* Ibpanggilan untuk lelaki muda, terutama bagi anak lelaki atau menantu lelaki.Kamu nanti Bunga Nuing, jangan sekali-kali kaubiarkan dom ini memakan daging rusa,? kata isteri Keling apabila dia melihat Bunga Nuing hendak membawa anaknya berjalan ke tempat orang yang sedang memakan daging rusa.Antologi Cerita Rakyat IbanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bedara Ibsuatu upacara yang dilakukan untuk mengubat orang sakit dan untuk mengelakkan kejadian buruk akibat sesuatu petanda (tolak bala).Eh... jangan balik dulu saudara Baring. Pagi ini kami akan berkampung untuk mengadakan upacara bedara pada petang itu, kata hantu itu.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
12

Kembali ke atas