Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
jauh (adjektif)
1. Bersinonim dengan tidak dekat: besar jaraknya, dura,
Berantonim dengan dekat

2. Bersinonim dengan amat sangat: terlampau, sangat, terlalu, sungguh, sekali, paling,

Kata Terbitan : berjauh, menjauhi, menjauhkan,

Puisi
 

Raja Zubaidah berjalan ke padang,
     Lalu berjalan ke bawah bukit;
Lain dahulu dari sekarang,
     Jauh beza bukan sedikit.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Haruslah air disauk,
     dan ranting dipatah;
lama hidup banyak merasa,
     jauh berjalan banyak dilihat.

Bermaksud :

Orang yang merantau haruslah menurut adat kebiasaan tempat yang didiaminya. (Peribahasa lain yang sama makna: Air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
temuda Ibkawasan bekas huma yang sudah lama ditinggalkan.Keling masih lagi mengikuti tupai tersebut. Apabila tupai berjalan Keling pun berjalan juga menjejaki jalan tupai tersebut. Lama-kelamaan Keling tertinggal jauh di belakang. Dan tupai tidak kelihatan lagi. Keling tiba di tanah huma tinggal orang lain. Temuda itu terletak berdekatan sebuah tasik yang besar. Kelihatan seorang perempuan di atas jelatung di seberang, perempuan itu sedang mandi.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
aken LBtempat mandi atau membasuh di tebing sungai.Apabila dia sampai ke aken (tempat mandi dan membasuh di tepi sungai) dia berehat dan kemudian berjalan semula. Kali ini dia hendak meninjau lebih jauh lagi lalu berjalan menuju ke hulu sungai itu.Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun BawangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bongan Kdalat seperti bakul yang biasanya diperbuat daripada pelepah rumbia, yang mempunyai tali yang disangkutkan pada bahu untuk membawa barang-barang yang besar atau banyak untuk sesuatu perjalanan yang jauh.Kamu mahu ke mana? tanya Francis kepada seorang tua yang berjalan bersama-sama seorang wanita muda. Mereka masing-masing menggalas bongan dan berait.Si GuntingGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas