Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[je.la.pang] | جلاڤڠ

Definisi : tempat menyimpan padi, rengkiang; ~ padi ki kawasan yg banyak menghasilkan padi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[je.la.pang] | جلاڤڠ

Definisi : tempat menyimpan padi; kepuk; lumbung; rengkiang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jelapang
Rujuk :rengkiang


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
kulimbong Mr Tljelapang padi kecil yang diperbuat kulit kayu.Jika hasil tuaian tidak banyak maka padi ini disimpan dalam bekas yang kecil dipanggil kulimbong.Padi dan KeajaibannyaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
popoiib Kdupacara penyimpanan padi yang telah dibersihkan ke dalam jelapang padi.Apabila padi yang telah dituai mahu disimpan di dalam Tangkob, upacara Popoiib dijalankan. Bobohizan mengaut padi menggunakan nyiru dan membubuh padi di dalam Tangkob.Upacara Magavau: Kemanakah Menghilang?Glosari Leksikal Bahasa Sukuan
poposisip Kdupacara menyisip tujuh tangkai padi yg dituai semasa upacara kumotob pada bilah buluh yg dibelah dan diletakkan pada dinding jelapang.Bobohizan akan menuju ke rumah padi untuk menjalankan upacara Poposisip. Di dalam rumah padi sambil membaca mantera, Bobohizan mengeluarkan ikatan padi dari Tadang dan disisipkan di atas sebatang buluh yang terdapat di Tangkob. Mantera dibaca untuk memohon agar Bambaazon tinggal di rumah padi hingga musim menanam yang seterusnya tiba dan bambaazon tersebut dipohon turun semula ke sawah.Upacara Magavau: Kemanakah Menghilang?Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas