Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jem.put] | جمڤوت

Definisi : ; sejemput sebanyak yg dapat di­ambil dgn hujung jari, secekut: dia meng­ambil ~ tembakau; jemput-jemput 1. sj kuih (drpd adunan tepung, pisang, dan gula yg dijemput sedikit-sedikit dan digoreng); 2. sj kuih (drpd adunan tepung, bawang, garam, dll yg dijemput sedikit-sedikit dan digoreng); menjemput 1. mencekut dgn hujung jari: ~ garam; 2. mengambil: ia ~ air di pancuran; 3. ki memetik, mengutip: kisah ini dijemput drpd Sejarah Melayu; jemputan hasil drpd menjemput (men­cekut). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jem.put] | جمڤوت

Definisi : ; berjemput disambut, dialu-alu, disongsong: datang tak ~; menjemput 1. menyambut, mengalu-alu, menyongsong: siapa yg pergi ~ abangmu di lapangan terbang petang ini?; jemputlah masuk; 2. mengajak atau menyilakan datang, mengundang: dia ~ ramai temannya ke majlis perkahwinannya; datanglah pula orang ~ Pak Lebai kerana hendak kenduri ber­khatam pengajian; 3. Mn mengambil se­seorang utk dijadikan menantu: jemputan 1. = orang ~ orang yg dijemput (utk menghadiri majlis perkahwinan dll): Ramlan sibuk sekali melayan para ~ itu; 2. ajakan, undangan; 3. permintaan (kpd orang laki-laki) utk dijadikan menantu; perjemputan perihal menjemput. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jem.put] | جمڤوت

Definisi : ; menjemput 1 mengajak atau menyilakan datang; mengundang: Tuan rumah itu telah ~ kami makan tengah hari di rumahnya. 2 menyongsong ketibaan orang; menyambut: Ia ~ adiknya di lapangan terbang. jemputan hasil perbuatan menjemput; undangan; ajakan: ~ itu diterimanya dgn baik. orang (para) ~ orang yg diundang utk menghadiri sesuatu majlis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[jem.put] | جمڤوت

Definisi : ; jemput-jemput sj kuih yg dibuat drpd adunan tepung dgn pisang, gula dsb (atau tepung dgn bawang, garam dsb) yg digoreng. menjemput mengambil dgn hujung jari; mencekut. sejemput sebanyak yg dpt diambil dgn hujung jari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jemput
Kata Terbitan : sejemput, menjemput,

Puisi
 

Jika betul tuan menereka,
     Tereka saya kain stokin;
Sekira benar sukakan saya,
     Jemput saya orang miskin.


Lihat selanjutnya...(3)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
pengabang Ibpara pengunjung semasa majlis gawai.“Bagaimana dengan orang-orang yang kita undang untuk ngabang? Jika kita belum tahu berapa pengabang yang kita jemput, bagaimana kita membuat persiapan?” soal Pungga.Novel SatangkaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas