aping Ib | sejenis pokok palma; kulitnya boleh dibuat benang tali kail atau jerat burung, umbutnya boleh dibuat sayur. Manakala lapisan habuk yang terdapat pada pokoknya boleh digunakan sebagai bahan untuk menyalakan api. | Mereka menangkap burung menggunakan jerat yang diperbuat daripada kulit kayu penduk. Ada yang menangkap burung dengan getah sempulut dan jerat daripada benang pokok aping. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tuwil Kd | sejenis jerat. | Suku kaum Kadazan juga memburu binatang. Lazimnya, binatang-binatang yang diburu adalah seperti babi hutan, tapir, musang, pelanduk, keluang, kera dan berbagai jenis burung dengan menggunakan senapang, perangkap tradisional seperti "sunggul", "kasip", "tuwil", "gado" dan lain-lain lagi serta bedil yang disebut "bakakuk". | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sunggul Kd | sejenis jerat tradisional. | Suku kaum Kadazan juga memburu binatang. Lazimnya, binatang-binatang yang diburu adalah seperti babi hutan, tapir, musang, pelanduk, keluang, kera dan berbagai jenis burung dengan menggunakan senapang, perangkap tradisional seperti "sunggul", "kasip", "tuwil", "gado" dan lain-lain lagi serta bedil yang disebut "bakakuk". | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tengang Ib | sejenis akar; seratnya kuat dan dapat digunakan sebagai benang untuk membuat tali kail, jerat dan jala. | Ikan ditangkap dengan pancing. Talinya diperbuat daripada benang yang didapati dari sejenis akar iaitu tengang. Bubu digunakan di sungai yang besar dan ensenga digunakan di anak sungai. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bubung Ib | sejenis perangkap kera yang berbentuk sangkar dan berumpan. | Ada yang menangkap burung dengan getah sempulut dan jerat daripada benang pokok aping. Binatang ditangkap dengan bubung, pencaran dan sumpitan beracun ipuh. Ikan ditangkap dengan pancing. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
penduk Ib | sejenis tumbuhan berkayu yang tumbuh di hutan berpaya, kulitnya boleh dibuat tali, batangnya ringan dan mudah reput. | Binatang dan burung memang masih banyak dan mudah didapati di kawasan tersebut. Kawasan itu selalu dikunjungi oleh para pemburu, penangkap ikan dan penyumpit burung. Mereka menangkap burung menggunakan jerat yang diperbuat daripada kulit kayu penduk. Ada yang menangkap burung dengan getah sempulut dan jerat daripada benang pokok aping. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sadik LB | sejenis perangkap binatang yang diperbuat daripada tali dan rotan. Ia biasanya untuk menjerat tupai. | Si kura-kura sangat marah lalu berteriak, “Awak tunggulah,” lalu bergegas pulang dan dia terus membuat sadik (jerat) dan memasangnya di bawah pokok pisang. | Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun Bawang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |