Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kai.tan] | کاءيتن

Definisi : 1. kait (benda yg hujungnya berkait); 2. hasil mengait (merajut): alat ini digunakan utk membaiki ~ tangan atau mesin; 3. yg diikat (dirajut): barang ~; gelung ~; 4. hu­bungan, pertalian: perkara itu mempunyai ~ yg rapat dgn rundingan damai; tali jangan putus, ~ jangan serkah prb menyelesaikan sesuatu perkara biarlah seadil-adilnya supaya dapat diterima kedua-dua pihak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kai.tan] | کاءيتن

Definisi : 1 sesuatu yg dikait atau disirat; hasil drpd mengait. 2 sesuatu yg bersangkutan; hubungan: Perkara itu ada ~nya dgn perkara yg kita bincangkan ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kaitan

Peribahasa

Bagai menghela tali jala: rasa tegang dikendurkan,
     rasa kendur ditegangkan.

Bermaksud :

Pekerjaan yang sulit yang harus dikerjakan dengan hati-hati sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai menghela rambut dalam tepung: rambut jangan putus, tepung jangan terserak, b. Tali jangan putus, kaitan jangan serkah). (Bandingkan dengan: Ular biar mati, tanah jangan lekuk, buluh jangan pukah).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
tungkawir Kdsejenis alat muzik tradisional yang mempunyai kaitan dengan adat resam memburu binatang pada zaman dahulu. Ia diperbuat daripada satu ruas buluh yang dipotong dibelah/potong sehingga pertengahannya. Cara membunyikannya ialah dengan menepuk pada tangan.Oleh itu, jika ia terdengar bunyi ini, ia harus mengambil Tungkawir dan memukulnya pada telapak tangan. Bunyi Tungkawir akan melawan bunyi serangga tadi dipercayai ini akan menolak bala yang bakal menimpa pemburu tersebut.Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita BersamaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
gawai rugan Ibsuatu upacara untuk memperingati roh-roh orang yang sudah meninggal dunia.Tempoh berkabung itu mesti ditamatkan atau diketas dengan tengkorak musuh dalam upacara yang dipanggil ngetas ulit. Setelah tempoh berkabung itu ditamatkan, barulah boleh orang serumah itu merancang atau memikirkan upacara Gawai Rugan dan juga gawai yang ada kaitan dengan kerja-kerja huma.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas