karoh Kd Lt | sejenis kalung tradisional. | (b) Karoh - kumagih yang mengandungi manas minatom punai, aki, manas, ulu, enarad, nantilung dan penambuh. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
rong LB | topi/terendak orang Lun Bawang. | Pasanglah beret birar, kalung bau tulang dan pata anet birar. Kalau banyak orang memanggil kamu jangan kamu pergi. Kamu lemparkan rong kamu dan kamu berikan payung kamu. | Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun Bawang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
penambuh Kd Lt | sejenis manik besar dan panjang yang digunakan untuk membuat kalung. Dipakai oleh lelaki dan perempuan. | Karoh - kumagih yang mengandungi manas minatom punai, aki, manas, ulu, enarad, nantilung dan penambuh. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
nantilung Kd Lt | sejenis manik besar dan panjang yang digunakan untuk membuat kalung. Dipakai oleh lelaki dan perempuan. | Karoh - kumagih yang mengandungi manas minatom punai, aki, manas, ulu, enarad, nantilung dan penambuh. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
aki Kd Lt, Mr | sejenis manik besar dan panjang yang digunakan untuk membuat kalung. Dipakai oleh lelaki dan perempuan. | (b) Karoh - kumagih yang mengandungi manas minatom punai, aki, manas, ulu, enarad, nantilung dan penambuh. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sangod Kd | kepala musuh (hasil daripada mengayau). | Mengikut ayah lagi, kedua-dua datuknya masih memakai kalung dengan pecahan tengkorak burung tersebut. Apabila datuknya meninggal dunia maka segala pakaian, tangkal dan sangod turut dikubur bersama. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bau tulang LB | sejenis manik yang diperbuat daripada tulang binatang atau gading gajah. | Jika kamu datang, datanglah dengan pakaian yang lengkap. Mengasaplah kamu, serta berpakaian kabung dari Pedian dan bersarung hijau. Pasanglah beret birar, kalung bau tulang dan pata anet birar. | Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun Bawang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
beret birar LB | sejenis tali pinggang perempuan dibuat daripada manik yang berwarna kuning yang bersulam dengan perak. | Jika kamu datang, datanglah dengan pakaian yang lengkap. Mengasaplah kamu, serta berpakaian kabung dari Pedian dan bersarung hijau. Pasanglah beret birar, kalung bau tulang dan pata anet birar. | Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun Bawang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tumpa Ib | gelang yang diperbuat daripada perak biasanya dipakai oleh gadis Iban. | Pada sanggul lintang mereka tersemat sebuah sikat. Lengan mereka dihiasi dengan gelang tumpa dan betis dipasukkan gelang keruncung sementara pinggang dililiti lampit. Di leher mereka terdapat dua kalung manik dua belitan. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pata anet birar, *pata alet birar* LB | sejenis perhiasan kepala wanita yang dibuat daripada manik berwarna kekuning-kuningan. | ika kamu datang, datanglah dengan pakaian yang lengkap. Mengasaplah kamu, serta berpakaian kabung dari Pedian dan bersarung hijau. Pasanglah beret birar, kalung bau tulang dan pata anet birar. | Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun Bawang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |