Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.pas] | کاڤس

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok renek yg buah­nya mengandungi serat utk dibuat benang), Gossypium spp.; pokok ~ bulan sj tumbuhan (pokok), medang ketanahan, kerabu, Xanthophyllum rufum; 2. sj kabu-kabu (kapuk) drpd buah kapas yg dibuat benang dll; benang (kain) ~ benang (kain) yg dibuat drpd kapas; spt ~ yg dibusur prb putih bersih (amat putih); untung bagai untung ~ prb perihal orang yg banyak tanggungannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.pas] | کاڤس

Definisi : ; ~ sungai = kapas-kapas, kekapas sj ikan laut, Gerres abbreviatus; ~ laut sj ikan laut, mentimah, Gerres punctatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.pas] | کاڤس

Definisi : ; burung ~ sj burung, kuang-kuit, murai batu, selancang, Lalage nigra. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.pas] | کاڤس

Definisi : 1 nama sj pokok renek atau buahnya (buahnya berisi serat yg dpt dijadikan benang), Gossypium spp.. 2 kekabu dr buah kapas yg dijadikan benang utk dibuat kain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kapas (kata nama)
Bersinonim dengan kabu-kabu, kapuk.,

Puisi
 

Pohon kapas dibaling-baling,
     Tersangkut kaca koyak seluar;
Melintas dara sambil menjeling,
     Terbeliak mata macam nak keluar.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Seperti kapas dimakan api.

Bermaksud :

Kebinasaan yang sangat cepat.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
ngolitan Kd Rnbaju ditenun daripada kapas.Semua alat-alat peperangan seperti gayang (pedang), kolid (perisai), topi rotan, ngolitan (baju daripada kapas) dan talipinggang akan diletakkan di tengah-tengah medan `sagindai' untuk diberkati.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
luli Ibgumpalan kapas yg siap utk dipintal.Taya yang sudah dibuang biji itu disebut sebagai luli. Luli ini akan dipusingkan untuk menjadi benang.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
empalai taya Ibkebun kapas.Benang yang ditenun ialah daripada pokok taya. Pokok ini ditanam di tempat khas yang disebut sebagai empalai taya. Kebun pokok taya ini memang dijaga dengan rapi.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
selimpuk, *salimpuk* Mrmanik-manik yang beraneka warna.Dia memakai pakaian daripada kain tenunan kapas yang halus berwarna hitam, disulami dengan beraneka jenis warna benangnya. Terdapat selimpuk atau manik-manik yang beraneka warna.Setulus SarinaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kolid Kdperisai.Semua alat-alat peperangan seperti gayang (pedang), kolid (perisai), topi rotan, ngolitan (baju daripada kapas) dan talipinggang akan diletakkan di tengah-tengah medan `sagindai' untuk diberkati.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bangkad Kd Kjsejenis baju tidak berlengan yang dipakai oleh penari lelaki.Baju mereka dikenali dengan nama bangkad - diperbuat daripada benang kapas yang ditenun, potongan baju ini tidak bertangan.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pilamong Kd Lttajau kecil yang diisi ramuan ubat-ubatan.Pilamong - tajau kecil yang di dalamnya terdapat ramuan ubat-ubatan - akar-akar kayu, kapas, minyak kepalap dan jerangau.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kaval Rgsejenis baju berlengan panjang tetapi bahagian lengan berkenaan tidak berjahit, dipakai oleh wanita.Kaval - baju panjang tangan - tangannya dibelah tidak berjahit. Ia dipakai pada waktu hari-hari keramaian saja. Ianya berwarna-warni dan diperbuat daripada benang kapas.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas