kinayoo Mr, Tb | besar. | Jangan makan saya! Tetapi kita pergi bersama-sama ke hulu! Di sanalah kampung kami di hulu sungai Kinayoo. Waduh! Banyak orang di kampung kami, kata pelanduk itu kepada buaya itu. | Sabah Folk Tales 1-7 | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
aken LB | tempat mandi atau membasuh di tebing sungai. | Apabila dia sampai ke aken (tempat mandi dan membasuh di tepi sungai) dia berehat dan kemudian berjalan semula. Kali ini dia hendak meninjau lebih jauh lagi lalu berjalan menuju ke hulu sungai itu. | Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun Bawang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ensenga Ib | bubu atau lukah yang diperbuat daripada ruas buluh yang dibelah di sebelah satu hujung. Perangkap ini diletakkan di sungai dengan bahagian terbukanya ke arah hulu sungai sejenis perangkap ikan. | Apabila usia mereka meningkat tujuh tahun lapan bulan, mereka sentiasa menjadi ketua kanak-kanak lain semasa bermain, menjala dan mengail ikan, menahan bubu dan ensenga. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
meruju Ib | sejenis tumbuhan yang tumbuh di tepi pantai atau sungai, daun dan batangnya berduri. | Tidak lama selepas kejadian ini Patinggi Ngadan pun berjalan-jalan ke kawasan hulu Layar. Semua karangan, tebing, mumbun dan meruju (jenis-jenis tumbuhan di tepi air) disemburnya dengan air. Sambil menyembur tebing-tebing ini dengan air dia berjampi. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
jejabong, *jejabung* Ib | rambut musuh yang telah tewas sebagai bukti seseorang itu sudah berdengah. Ia biasanya diletakkan di hulu parang sebagai lambang keperwiraan. | Pada suatu hari dia telah pergi ke sekolah. Ketika dia sampai, murid-murid sedang tekun belajar. Mereka berasa takut melihat Buda membawa parang jejabong dan tangkal yang dililit di sekeliling pinggangnya. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |