Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.mu.ka] | کموک

Definisi : maju ke hadapan, mara; sekarang ~ dr masa ini hingga seterusnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.mu.ka] | کموک

Definisi : 1 ke hadapan: Dia segera pergi ~ kelas apabila dipanggil oleh gurunya. 2 maju; mara: Dia ~ apabila dicabar oleh lawannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
muka (kata nama)
1. Bersinonim dengan wajah: rupa, paras, roman, raut, bentuk, potongan, iras, domol, tampang,

2. Bersinonim dengan depan: hadapan, hadap, anterior,
Berantonim dengan belakang

Kata Terbitan : mengemukakan, terkemuka, bersemuka, menyemukakan, bermuka-muka, permukaan, pengemukaan, pemuka,

Puisi
 

Sirih kuning gagang menguning,
     Mari tanam belukar sana;
Seri sirih naik ke kening,
     Seri pinang naik ke muka.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Tertukik jejak mendaki,
     tersendorong jejak menurun.

Bermaksud :

Kaum kerabat yang telah jauh tidaklah berapa kuat pada tuntutan hak waris. tertukik = tertakik; tersendorong = tergelincir ke muka.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
pelaik Ib, MSrkayu pulai.“Janganlah bina kubu daripada kayu pelaik sahaja. Apa nama panglima dan pejuang kita ini kalau buat kubu pun tak pandai.” Dia merenung ke semua muka pengikutnya sekali lagi untuk mencari keyakinan daripada setiap orang yang duduk mengelilinginya.Jambatan Laut China SelatanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
nuan Skengkau, kamu.“Beritahu bapa nuan dulu!” Perintah itu segera dipatuhi. Bergegas-gegas Indun naik ke atas rumah dan sejurus kemudian turun semula dengan muka yang berseri-seri.Berakhirnya Pesta NgongcongGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kempang Ib, MSrtergamak, sampai hati, sadis, tega.Sibot hanya menggeleng-gelengkan kepala. Dia sudah tidak kempang melihat muka bapanya yang kebingungan itu lalu dengan cepat dia berpaling ke tempat lain.Buhul-Buhul Kasih Di Benang BasahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
delundung Tbkain yang digunakan untuk menutup kepala.Bininya sudah duduk di bendul rumah. Mukanya dibasahi peluh. Muka bininya nampak kemerah-merahan. Tangannya merungkai delundung di kepalanya. Peluh yang membasahi dahinya, dilap dengan lengan baju. Bantilan tidak memandang bininya. Matanya memandang ke perdu rumpun buluh di belakang rumah.Susuk TingkayuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas