Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.be.na.ran] | کبنرن

Definisi : 1. perihal benar (sesuatu), sebenarnya: ~ pepatah ini dapat diuji; hanya masa dapat membuktikan ~ pendapat ini; 2. izin: kedai ini didirikan dgn tidak berlesen atau bersurat ~; 3. sesuatu yg benar (sungguh-sungguh ada, betul-betul demikian halnya): aku percaya pd suatu masa dia akan kembali semula kpd ~ dan kenyataan; ~ dan kejujuran itu ialah hakim utama; 4. Jk kebetulan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.be.na.ran] | کبنرن

Definisi : 1 sesuatu yg benar; sesuatu yg sungguh-sungguh ada atau betul: Banyak perkara mustahil ttg atom yg telah dibuktikan ~nya dgn percubaan-percubaan sains. 2 kelulusan utk membenarkan; izin: Sebelum diadakan perundingan dgn Sultan, Belanda meminta ~ hendak membawa kapal mereka mudik ke Sungai Riau. 3 keadaan benar atau cocok dgn hal yg sesungguhnya: ~ khabar itu masih disangsikan lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebenaran

Peribahasa

Diimbau berbunyi,
     dilihat bersua.

Bermaksud :

Kebenaran yang tak dapat dibantah. diimbau = dipanggil.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
ringka Ibbekas yang biasanya digunakan untuk menyimpan tengkorak musuh. Ia diperbuat daripada rotan dengan anyaman bersilang.Apabila dia mengetahui kebenaran berita itu, Patinggi lalu menyuruh seorang hambanya menggantung satu ringka (bekas yang biasanya digunakan untuk menyimpan tengkorak musuh) dan sebuah selabit (satu jenis keranjang yang digunakan untuk membawa barang) dengan sebatang kayu panjang yang disebut suar.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas