Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.be.ra.tan] | کبرتن

Definisi : 1. beratnya (benda, perkara, dll): kalau engkau sendiri berada di sini, tentu engkau akan insaf betapa ~ tanggungan kami; 2. kesukaran, kesulitan: tak ada ~ bagi kerajaan menjalankan rancangan itu; 3. Jk terlampau berat, melebihi (muatan): tak terangkat olehnya kerana ~; 4. mengandung sarat; 5. tidak rela (kerana susah dll), tidak suka, enggan: ia agak ~ menemani saya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.be.ra.tan] | کبرتن

Definisi : 1 sesuatu yg menyukarkan: Membaiki rumah itu tidaklah menjadi ~ bagi mereka. 2 berasa susah atau berat hendak melakukan sesuatu: Saya tidak ~ menemani saudara ke tempat itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keberatan


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
duwai MSbikan bawal.Berita Pak Suhib yang dikatakan berjaya mendaratkan lebih 50 kilo udang kertas subuh tadi begitu hangat diperkatakan. Begitu juga berita perahu Pak Mail yang senget kerana keberatan membawa ikan duwai setelah merentangkan pukatnya sebanyak tiga sambungan itu.Teduhlah Hujan Redalah AnginGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas