Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ce.la.ka.an] | کچلاکاءن

Definisi : bencana, kemalangan, kesusah­an, malapetaka: hidupnya terdesak dan mengalami ~ selalu; polis tidak ada di tempat ~ itu; perempuan itu mati kerana ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ce.la.ka.an] | کچلاکاءن

Definisi : 1 bencana; kemalangan; celaka: Beliau telah mendapat ~ semasa merantau dahulu. 2 tertimpa atau ditimpa celaka: Jiran saya ~ baru-baru ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ke.ce.la.ka.an] | کچلاکاءن

Definisi : sesuatu yg mendatangkan kesusahan atau kesengsaraan; bencana; kemalang­an. 3 kata makian yg bermaksud bedebah atau jahanam: Si ~, pergi engkau dr sini! (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kecelakaan

Peribahasa

Malang tak berbau.

Bermaksud :

Kecelakaan yang terjadi dengan tiba-tiba.

 

Lihat selanjutnya...(23)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
ngenselan Ibsuatu upacara keagamaan bertujuan untuk menghindarkan kejahatan atau kecelakaan dengan menggunakan darah ayam atau khinzir.Setelah mendapati mereka berdua ini benar-benar bersalah, Beti pun mengambil keputusan untuk merejam mereka mengikuti adat Sengalang Burong. Ini ialah kerana mereka telah tidak dapat membayar denda adat yang akan digunakan untuk ngenselan atau upacara membersihkan negeri dari perbuatan terkutuk.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
makai burung Ibsuatu upacara menolak bala apabila terdapat tanda-tanda akan berlaku kecelakaan yang dibawa oleh burung, mimpi dan sebagainya.Setelah mengadakan upacara seperti ini dan orang yang berkenaan masih berasa kurang yakin atau masih berasa risau, upacara yang dipanggil makai burung boleh juga diadakan.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
amarawak Mrkemarahan semangat.Tambahan lagi, jika petani ini merasai bahawa alamat ini akan mendatangkan kecelakaan atau kematian maka beliau akan melakukan satu upacara amal yang dipanggil ampalalang untuk meredakan (amarawak) semangat yang dipercayai menghuni tapak yang dipilih.Padi dan KeajaibannyaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ampalalang Mrupacara amal untuk meredakan semangat yang marah.Tambahan lagi, jika petani ini merasai bahawa alamat ini akan mendatangkan kecelakaan atau kematian maka beliau akan melakukan satu upacara amal yang dipanggil ampalalang untuk meredakan (amarawak) semangat yang dipercayai menghuni tapak yang dipilih.Padi dan KeajaibannyaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
muas, *muaih* Ib, Mlratapan semasa upacara kematian.Pada masa dahulu kebanyakan daripada orang Melanau memang selalu meratap dan merintih apabila mendapat kecelakaan terutama ketika orang mati. Bermacam-macam perkataanlah terkeluar dalam ratapan itu. Ratapan begini dinamakan 'muas'. Bahkan sekarang ini di setengah-setengah tempat masih ada orang Melanau yang 'muas' pada masa kena kematian dalam keluarga.Maharaja TugauGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas