Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.hi.du.pan] | کهيدوڤن

Definisi : perihal hidup: sejak kampung itu diganggu oleh komunis ~ penduduknya semakin sempit; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.hi.du.pan] | کهيدوڤن

Definisi : keadaan atau hal hidup: ~nya sangatlah susah kerana tidak cukup belanja hendak menanggung seorang isteri dan empat orang anak yg masih kecil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kehidupan

Puisi
 

Di dalam belukar timbul ketam,
     Timbul sang helang di Tanjung Jati;
Tidak lupa abang siang malam,
     Airlah mata jatuh ke pipi.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Seperti beting dipalu ombak.

Bermaksud :

Kehidupan yang tidak tenteram, senantiasa diganggu orang. beting = gosong panjang di muara sungai.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
kandandiu Mr Tdsejenis tarian “hatiku rindu” dan merupakan salah satu tarian yang melambangkan kehidupan para nelayan dari kalangan suku kaum Tidong.Kandandiu membawa erti ‘hatiku rindu’ dan ianya merupakan salah satu tarian yang melambangkan kehidupan para nelayan dari kalangan suku kaum Tidong.Memuja tuhan di Gunung KinabaluGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
nunuk ragang Kdsejenis pokok kayu ara merah.Sesungguhnya, keharmonian kehidupan orang-orang Dusun yang membina tujuh buah pondok yang berukuran dua puluh empat kaki persegi setiap satu di bawah pohon ara atau nunuk ragang itu, bagaikan wujud dalam impiannya.Dari Dalam CerminGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tuai burung Iborang yang arif dalam membuat tafsiran tentang petanda burung dan mimpi.Tuai burung adalah orang terpenting dalam kehidupan seharian orang-orang Iban. Ia adalah tukang ramal atau tukang tilik.Cerita Rakyat IbanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pureh, *purih* Ib, Ml, MSrketurunan.Biarlah Rina menjadi golongan terpelajar yang mempunyai nilai dan pandangan hidup yang sempurna. Yang dapat menjadi ibu kepada anak-anaknya yang beradat dan mengenali erti kehidupan yang sebenarnya. Biarlah pureh yang dilahirkan oleh Rina nanti tahu menilai adat nenek moyangnya yang baik dan murni.Ketipung Bunga JambuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas