giluguop, *kirukup* Bd | sejenis ulat cincin yang berwarna kemerah-merahan. Ia tinggal di hutan tua di bawah daun-daun kering dan di tempat yang lembap. | Beberapa ekor semut dan giluguop yang tidak menghiraukan bunyi bising itu habis ditimpa dan ditompoki abuk-abuk kayu tetapi tidak lama kemudian binatang-binatang itu akan muncul semula daripada lumpur abuk tadi. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
menginggat Kd, Tb | memakan sirih. | Aki memandangku dengan tawanya yang besar, menampakkan giginya yang kemerah-merahan oleh kebiasaannya menginggat itu. | ‘Sekilas...’ | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
delundung Tb | kain yang digunakan untuk menutup kepala. | Bininya sudah duduk di bendul rumah. Mukanya dibasahi peluh. Muka bininya nampak kemerah-merahan. Tangannya merungkai delundung di kepalanya. Peluh yang membasahi dahinya, dilap dengan lengan baju. Bantilan tidak memandang bininya. Matanya memandang ke perdu rumpun buluh di belakang rumah. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |