kumagi Kd Lt | 1. selempang. | Mula-mula gonob, diikuti oleh sukup kopio, kemudian gonob diikat dengan portinah. Kumagi akan dipakai secara menyelimpang di bahagian dada (seperti huruf X). | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mowah Bd | 1. temujanji yang dibuat antara lelaki dan perempuan. 2. bersiar-siar. 3. menziarahi antara satu sama lain. | Apakah kerana minyak guna-guna Nenek Satek? Atau antara pemuda-pemuda yang mendekati Mila, dia memang punya kelebihan? Dua hari kemudian dia datang mowah lagi, dia memberanikan dirinya bertanya. Jawapan Mila menambahkan keyakinannya. | Antologi Pilihan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
angkob | bekas besar untuk menyimpan padi diperbuat daripada kulit kayu. | 1. Bekas berbentuk silinder dari kulit kayu yang disimpan di loteng rumah (tilud). Selepas dimasukkan ke dalam karung, padi ini kemudian disimpan dalam sebuah pondok kecil di tepi sawah yang dipanggil sulap untuk beberapa ketika sebelum dipindahkan ke rumah untuk disimpan di bekas besar yang dipanggil angkob. | Padi dan Keajaibannya | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |