Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ting.gian] | کتيڠݢين

Definisi : 1. perihal tinggi, taraf (keadaan dsb) yg tinggi: pendidikan dapat membawa kpd kejayaan dan ~ kedudukan seseorang dlm masyarakat; sastera yg mengagungkan ~ budi; 2. (tempat dll) yg lebih tinggi duduk­nya (letaknya): peti yg berisi jenazah itu di-letakkan di tempat yg agak ~ di tengah aula; 3. terlalu tinggi: dahan itu tidak dapat dicapai-nya kerana ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ting.gian] | کتيڠݢين

Definisi : 1 keadaan atau hal tinggi. 2 tempat yg tinggi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tinggi (adjektif)
1. Dalam konteks orang
bersinonim dengan panjang, lampai, langsing, renjong, tonjeng, lonjong, agam, ampai,
Berantonim dengan pendek

2. Bersinonim dengan luhur: mulia, murni, besar, agung,
Berantonim dengan hina

3. Bersinonim dengan angkuh: bongkak, congkak, sombong, pongah,

4. Dalam konteks suara
bersinonim dengan nyaring, muluk, halus dan keras,
Berantonim dengan rendah

5. Dalam konteks harga
bersinonim dengan mahal, melambung, menjulang, meningkat, naik,
Berantonim dengan rendah

Kata Terbitan : meninggikan, ketinggian,

Peribahasa

Adat yang menurun,
     syarak yang mendaki.

Bermaksud :

Adat dapat menuju kerendahan dan tidak sanggup menghadapi pergolakan masa, tetapi syarak menuju ketinggian dan dapat mengatasi segala gerakan yang menentangnya. (Bandingkan dengan: Adat penuh ke atas, syarak penuh ke bawah).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
angindikut Mrmerumput.Rumput yang tumbuh di petak padi dibersihkan apabila batang padi telah mencapai sesuatu ketinggian (12 inci). Kerja membuang rumput ini dilakukan dengan parang. Proses ini dipanggil angindikut.Padi dan KeajaibannyaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas