Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[khu.sus] | خصوص

Definisi : (jamak bagi khas) khas, istimewa (utk seseorang atau sesuatu), tidak umum: kursus-kursus dan latihan itu ~ utk kaum wanita; persidangan pegawai-pegawai itu diadakan utk membincangkan masalah ekonomi, ~nya ekonomi luar bandar; badan-badan ~ badan utk tujuan (tugas, tanggungjawab, dll) yg tertentu; mengkhusus menjadi khusus, menjadi (merupakan) sesuatu yg bersifat khusus: teknologinya berkembang dgn sangat pesat dan ~; ~ kpd menuju kpd, menjadi tertumpu kpd, menumpu kpd; mengkhususi menumpukan usaha kpd bidang atau aktiviti tertentu: penyelidik-penyelidik yg ~ bidang geofizik; mengkhususkan menjadikan khusus (utk orang atau sesuatu yg tertentu), mengis­timewakan, mengekhaskan: ia ~ diri dlmbidang kebudayaan; tempat yg dikhususkan bagi para jemputan khas; terkhusus terkhas, teristimewa, tertentu (utk sesuatu); kekhususan 1. perihal (sifat dsb) khusus: ~ sesuatu ilmu pengetahuan; 2. sesuatu yg (bersifat) khusus; pengkhususan perihal menjurus dlm se­suatu bidang; berpengkhususan mempunyai pengkhu­susan: syarikat tersebut berkecimpung dan ~ dlm bidang reka bentuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[khu.sus] | خصوص

Definisi : tertentu utk seseorang atau utk sesuatu; khas: Kursus-kursus itu diadakan ~ utk kaum wanita. mengkhususkan menguntukkan bagi seseorang atau bagi sesuatu yg tertentu; mengekhaskan. terkhusus dikhususkan; dikhaskan; terkhas. pengkhususan hal atau perbuatan mengkhususkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
khusus (adjektif,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan khas, tertentu, teristimewa, terhad, terbatas;,
Kata Terbitan : mengkhususkan, terkhusus,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
junterah MSrgugur (khusus durian yang masak sahaja).Mereka seperti biasa: mereka memasang pandik, menjaul baung, menahan sarang belida atau melalau petian di sungai. Kadang-kadang mereka bermain guli. Apabila musim durian junterah mereka berjaur di dusun sehari suntuk.Berakhirnya Pesta NgongcongGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ragus Kdsejenis tenggala khusus untuk menghaluskan ketulan tanah selepas membajak.Kemudian sawah diratakan dengan ragus di samping menghaluskan ketulan-ketulan tanah yang tertinggal.Padi dan KeajaibannyaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
lawangan Bjsejenis tikar yang dihias khusus untuk pengantin sahaja.Kelihatan pengantin lelaki dan ahli rombongannya dipersilakan duduk bersimpuh di atas lawangan.Debur MenerpaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
raga menarang Ibsejenis raga yang mempunyai motif anyaman yang khusus (mempunyai corak hitam).Saka terus balik membawa sebuah raga menarang, yang diberi Raja Remaung dan isterinya, babi hutan yang ditangkap oleh Raja Remaung dibawanya juga. Setelah berjalan untuk beberapa ketika dia pun sampai di rumah panjang.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
anak umbung Ibgadis pingitan berketurunan bangsawan yang mendapat penjagaan khusus sehingga dia berkahwin.Selepas itu dia pergi melawat ke Sebetan bersama-sama anak perempuannya, Entadu dan Badong yang juga bergelar Kumang Bungsu, perempuan yang terakhir menjadi anak umbung di kawasan Saribas.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bebangun Ibsuatu upacara keagamaan untuk mengangkat (naik taraf) manusia biasa ke tahap manang.Setelah lama berbincang barulah Sengalang Burong meminta adiknya sendiri yang bernama Raja Menjaya menjadi manang atau dukun. Ini Inda melantik Raja Menjaya menjadi manang dalam satu upacara khusus yang dipanggil bebangun.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas