Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ki.ni] | کيني

Definisi : sekarang ini, waktu ini: ~ segala-galanya yg selama ini dirahsiakan telah diketahui umum; hingga ~ ke atas dr sekarang (ketika ini) dan selanjutnya; kekinian 1. keadaan terbaru atau mutakhir: ~ padanan dlm bahasa sasaran; 2. keadaan masa kini: seorang penulis menyedari kehadirannya dlm ruang waktu ~nya; terkini yg paling kini, terbaru: penyelidikan yg ~ dlm ilmu bahasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.ni] | کيني

Definisi : sekarang ini; masa ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kini (adverba)
Bersinonim dengan sekarang ini, waktu ini, dewasa ini, mutakhir;,
Kata Terbitan : terkini,

Puisi
 

Dari dulu cermin cina,
     Kini sekarang patah kakinya;
Dari dulu abang punya,
     Kini sekarang ada gantinya.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Dulu rampak rimbun daun,
     kini 'lah sangat merarasi.

Bermaksud :

Dulu kaya dan cantik, kini papa dan buruk. raras = gugur, luruh.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
ngajat Ibsejenis tarian tradisional orang Iban.Bunyi gong kini berkumandang lagi, ngajat berjalan terus penuh keriuhan.NgayauGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
laut Iborang Melayu.Orang yang bersuka ria dan ketawa tadi kini menjadi takut. Mereka mulai lari ke sana ke mari dan yang ada perahu lari ke perahu. Laut-laut yang ada perahu semuanya lari ke perahu. Rumah panjang yang ditinggalkan tadi terus menjadi batu.Antologi Cerita Rakyat IbanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kelebak, *kedebak* Bjirama atau rentak muzik.Irama titik sudah berubah. Kini irama kelebak dimainkan.Yanti Si Anak LautGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
busai Bj Smpengayuh.Mata busai satu-satu menerjah permukaan air. Laut yang tadinya tenang, kini berkocak. Bunyi batang busai berlaga dengan dinding biduk, kedengaran jelas, mematikan kesepian malam.Pulut Kuning Daging RendangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
lingkoh BjIkan alu-alu; Sphyraena jello.Azmi sudah lama menghulur mata kailnya ke dalam laut. Kini dia menunggu. Pak Cik Hassan pula dapat menarik seekor lagi ikan lingkoh sebesar yang ditangkap oleh Amir.Detik-detik dalam PerjalananGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
lamba Kd Klsejenis tumbuhan (curculigo latifolia) yang boleh ditenun menjadi kain.Satu cara menghasilkan sejenis kain kasar dari lamba (Curculigo latifolia) kini jarang dibuat sehingga hanya dua orang sahaja wanita sudah berumur di Kiulu yang masih mempunyai pengetahuan untuk menghasilkan kain tersebut.Bengkel Anyaman/Tenunan Dan Pewarnaan TradisionalGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
gabang Bj, Sl, MSbsejenis alat muzik yang dibuat daripada buluh dan besi. Ia diketuk untuk mengeluarkan bunyi.Bunyi gesekan biola itu kini diiringi bunyi kulintangan, bebandil dan gabang yang berlenggok-lenggok di udara dan melayah turun, lalu menyapa mesra di copeng telinganya.Sitti ArianaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bakas Bj Sm, Kd, Tb1. sumpah seranah.BAKAS .! sumpahnya. Dia memegang batang busai itu erat-erat. Kayuhnya telah berubah. Daripada perlahan, kini bertukar menjadi cepat. Semacam mengikut kemarahan hatinya.Pulut Kuning Daging RendangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sangop MSbtimun kuning.Oyong tentunya akan berasa gembira diajak ke tagad sekali lagi kerana sangop dan batad yang benihnya ditabur semasa mangasok dulu, kini sudah boleh dimakan.‘Songgorib’Glosari Leksikal Bahasa Sukuan
rimbak Ib, MSrhutan yang ditebang untuk dijadikan huma.Kau tahu Rentap? Sudah bertahun-tahun kita hidup begini. Sudah puluhan ekar tanah kita rimbak, kini kau nak hapuskan adat kita. Kita tak pernah pun mati tak makan. Begitu lancang Kibong menyuarakan sanggahannya.Ketipung Bunga JambuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
12

Kembali ke atas