gorutus Kd Km | sejenis seluar panjang yang pada bahagian kakinya kecil. | Gorutus - seluar yang potongannya kecil di bahagian kaki - jenis seluar panjang. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
buyut Kd Km | tanah lumpur membusut (busut ketam) yang biasanya menjadi tempat pemujaan apabila seseorang jatuh sakit. | Tidak, kata orang lain, "Bibi gila." Tiba-tiba kegemparan berlaku lagi. Ribut tiba-tiba melanda dan menggegarkan pokok-pokok di sekitaran buyut itu. Dan, mereka pun terpaksa berpatah balik. Sekali gus membatalkan rancangan mencari Bibi, ketika itu. | Nur Etika | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
botutong Kd Km | sifat pendiam. | Setahuku, Ita perempuan yang ‘botutong’. Tidak banyak bercakap, dan amat terhad pergaulannya. Mukanya yang bulat dan lembut itu segera terpeta dalam di mataku. | Trauma | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
linungkitan, *linangkitan* Kd Km | kain yang dihiasi linangkit. | Linungkitan - sekeping kain yang digunakan untuk penutup dada ianya disematkan dengan `rindawog' yang diperbuat daripada rotan yang diwarnakan beraneka jenis. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |