puik Ib | sejenis penyakit kudis seperti bisul. | Orang ramai di rumah panjang itu memang tidak suka melihat mereka bertiga yang terlalu kotor kerana dihinggapi oleh lusong dan puik. Begitu juga dengan bapa saudara mereka, dia tak mahu serumah dengan mereka. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ratak Kd KB | sejenis roh jahat. | 29. Ratak – Roh ini pembawa kudis, selalu menyerang manusia di bahagian kaki, tinggal di tanah, berasal dari air pencuci kaki. | Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota Belud | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kendis Ib | cara mencukur rambut iaitu dengan mencukur di bahagian tepi kepala sahaja manakala bahagian tengah dan ubun-ubunnya dibiarkan. Biasanya bagi kanak-kanak untuk mengelakkan penyakit kudis. | “koyak, koyak. Ejaannya ialah: K-O-Y-A-K. Sebutan: ko yak. Erti koyak, ialah carik, rubik atau ridang. “Perkataan yang kedua: cukur. Ejaannya ialah C-U-K-U-R. Sebutan: cu kur. Ertinya ialah kukur atau kendis.” | Bumi Bertuah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |