janggai Bj Sp | kuku palsu yang diperbuat daripada perak atau suasa. | Janggai - kuku palsu daripada perak atau suasa. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tunjing Ib | kuku (lembu, kuda dll). | Setelah puas berjalan mereka pun sampai di Sungai Munung. Di situ mereka menggunakan sejenis pakaian yang disebut munung dan terdapat pada badan babi. Kemudian apabila mereka sampai di Sungai Tunjing mereka memakai tunjing atau kuku. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sebundaki, *sobundaki* Kd | bahagian kulit halus di pangkal kuku. | 1. Kaca itu terlekat di bahagian sebundaki pada jari kanak-kanak itu. | Antara Pemutar Skru dan Kisus | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
latuk Ib, Ml | sejenis parang pendek untuk kegunaan umum. | Sesekali akar tigis dan kuku helang yang menghalang perjalanannya dihayunkannya dengan latuk. | Antologi Cerpen Hati | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
rumbak Ib | perihal kulit yang terkopak atau terbuka besar akibat penyakit sopak atau terkena air panas. | Kemudian didapati ada sedikit calar pada badan Nara kerana cakaran kuku harimau tersebut. Calar itu kemudian semakin membesar, menjadi septik atau rumbak dan tidak boleh baik. Ini menyebabkan Nara tidak berkahwin sehingga mati tua. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
munung Ib | muncung babi. | Setelah puas berjalan mereka pun sampai di Sungai Munung. Di situ mereka menggunakan sejenis pakaian yang disebut munung dan terdapat pada badan babi. Kemudian apabila mereka sampai di Sungai Tunjing mereka memakai tunjing atau kuku. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bilak buai Bj Sp | cincin belah rotan. | Di bahagian tangan dan kaki penari-penari wanita, juga dihiasi dengan perhiasan-perhiasan tertentu iaitu di bahagian tangan dihiasi dengan gelang sulau yang diperbuat daripada kulit-kulit kerang atau siput-siput laut, cincin emas bentuk bilak buai dan di jari-jari pula dihiasi dengan selingkuku, iaitu sejenis sarung kuku yang diperbuat daripada logam jenis suasa. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |