[ku.kur] | کوکور
Definisi : alat bergerigi hujungnya utk mengeruk (mengikis) isi kelapa; ~ apa kpd ~, nyiur juga yg binasa = apa peduli pd kukuran, nyiur juga yg akan habis prb mudah bagi seseorang menyuruh melakukan sesuatu tetapi yg melakukannya juga yg menemui kesukaran; murah terbelingut bagai kukuran timah prb mudah merajuk atau berkecil hati; satu hadap bagai kukuran prb orang yg mahir dlm satu pekerjaan sahaja; mengukur 1. mengeruk atau mengikis (isi kelapa) dgn kukuran: isterinya sedang ~ kelapa di dapur; 2. menggaru-garu atau mencakar-cakar (kulit dll) kerana gatal: ia ~ tangannya yg digigit nyamuk; pengukur 1. kukuran; 2. orang yg mengukur (kelapa dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ku.kur] | کوکور
Definisi : bunyi burung tekukur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ku.kur] | کوکور
Definisi : bergerigi (bkn tepi daun); ~ halus bergerigi halus (bkn tepi daun). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ku.kur] | کوکور
Definisi : , = kukuran alat yg bergerigi hujungnya utk mengeruk isi kelapa dr tempurungnya. mengukur mengeruk isi kelapa dgn menggunakan kukur. pengukur 1 alat utk mengukur kelapa; kukuran. 2 orang yg mengukur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)