gaguk, *aguk* Ib | kurang cerdik. | Semacam orang gaguk, ia menguit rakan di sebelahnya. Rakan itu arif dengan kuitan. Apa yang patut dibuat, telah dirundingkan sebelumnya. Bincang yang sungguh-sungguh. | Antologi Cerpen Hati | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sekut MSr | bau badan yang kurang menyenangkan. | Hawa panas yang terbit dari percikan peluh berbaur dengan pancaran matahari. Ini menyebabkan keadaan sekeliling bertambah panas dan membahang. Bau masam, bau hamis, bau bawang, bau sekut dan bermacam-macam lagi bau badan yang terbit daripada wap hawa badan manusia memenuhi angkasa. | Anak Watan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gambung, *gambong* MSr | sombong atau bersifat kurang ajar, bongkak, berlagak. | Dirasakannya juga bahawa Ayu semakin gambung dan perasan. Malah dunia ini adalah dunia Ayu. Dia sudah ada orang yang dipanggilnya bapa. | Buhul-Buhul Kasih Di Benang Basah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
menanranpoh Kd Lt | pakaian tradisional suku kaum Lotud. | Lebih kurang pada jam dua petang, mereka mula menarikan tarian Sumayau. Penari-penarinya terdiri daripada kaum lelaki dan kaum wanita yang memakai pakaian tradisional yang disebut "Menanrapoh". | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lanjik Ib | bekas daripada anyaman rotan yang digunakan untuk menyimpan atau membawa padi. Ketinggiannya lebih kurang tiga atau empat kaki dan mempunyai empat batang tiang kecil. Permukaannya berbentuk bulat manakala bahagian bawahnya berbentuk empat segi. | Dikeluarkan padi itu dari lanjik di ruai Jeragan dan Manan, ruai itu pun penuh. Sudah tiga buah ruai penuh dengan padi. Begitu juga apabila padi pulut dikeluarkan dan diletakkan di atas tikar, dua buah ruai yang lain juga dipenuhi padi pulut itu. Gembiralah Ensiring kerana pada sangkaannya padi itu memang tidak cukup dimakan sepanjang tahun, kerana kelihatan sedikit dalam lanjik. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mambut, *pambus* Ib | perihal meninggalkan rumah panjang selama beberapa hari kerana ada petanda bahawa perkara yang kurang baik akan menimpa kalau mereka terus tinggal di situ. | Semasa orang sedang mambut itu sekumpulan budak-budak nakal bercadang hendak balik ke rumah panjang dan ingin melihat apa yang akan berlaku. Ini kerana apabila rumah panjang dikosongkan dipercayai hantu-hantu akan naik ke rumah. | Antologi Cerita Rakyat Iban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
jeraya MSr | jalan raya. | Cuma satu malam, mereka keluar ke jeraya lalu singgah di sebuah perhentian bas - selepas lebih kurang setahun persahabatan baiknya dengan Ahtieng berlangsung - Ahtieng merebahkan dirinya di pangkuannya; sesuatu yang berlaku secara tiba-tiba dan di luar sangkaannya. | Novel Ngoncong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
batu pencelap, *batu penchelap* Ib | batu yg dipercayai boleh mengekalkan kesihatan dan tolak bala. | Setelah mengadakan upacara seperti ini dan orang yang berkenaan masih berasa kurang yakin atau masih berasa risau, upacara yang dipanggil makai burung boleh juga diadakan. Orang yang mahir dalam upacara ini perlu diundang. Dia akan seterusnya mengusap badan orang yang terkena ‘burung’ seperti ini dengan batu pencelap untuk menghindarkan perkara-perkara yang tidak baik menimpa orang itu.? | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
cuncun, *cun-cun* MSr | tepat, padan, sesuai (ukuran, sasaran). | Kalau semuanya sudah selamat dipunggah ke gudang Ah Guan nanti, dapatlah wang enam ringgit cuncun; tidak lebih dan tidak kurang. | Antologi Cerpen Hati | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
hintuun Kd | ruang tamu. | Bobohizan dan pembantunya akan duduk di lantai dalam sebuah bilik khas yang dikenali sebagai Hintuun. Bobohizan akan berdoa kepada Bambaazon disertai nyanyian pemujaan yang mengambil masa lebih kurang dua jam. | Upacara Magavau: Kemanakah Menghilang? | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |