Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
bedurok, *durok* Ib, MSr1.  berderau (saling bantu antara satu sama lain). 2. kerja-kerja gotong-royong yang harus dibalas balik dengan gotong-royong.Benar, dia tidak perlu bersama apai meminta bantuan dari Kampung Lempaong untuk bedurok membuka hutan, menebang pokok simpuh, semayur, tapang, perupuk dan geronggang, mencantas pula pohon beringin, simpur, rengas, geran dan sisik naga, menebas akar sekuntut, entiba, sarang naga, tapak kuda dan getih.Antologi Cerpen Bunga RimbaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
mowah Bd1. temujanji yang dibuat antara lelaki dan perempuan. 2. bersiar-siar. 3. menziarahi antara satu sama lain.Apakah kerana minyak guna-guna Nenek Satek? Atau antara pemuda-pemuda yang mendekati Mila, dia memang punya kelebihan? Dua hari kemudian dia datang mowah lagi, dia memberanikan dirinya bertanya. Jawapan Mila menambahkan keyakinannya.Antologi PilihanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
berambih, *berambeh* Ml, MSr, Sk1. bertandang ke rumah saudara mara untuk beberapa hari. 2. tinggal bersama-sama orang lain buat sementara. 3. makan bersama-sama di sesebuah rumah (keluarga, kawan, jiran).Padil memang tidak pandai membawa diri.Kakaknya sendiri pun tidak sanggup menerimanya, membawa keluarganya untuk berambih walaupun semalam dua cuma.Buhul-Buhul Kasih Di Benang BasahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ombuinang Tbnama lain nenek kebayan.Wahai Makcik Ombuinang, bolehkah kami naik? kata anak muda itu setelah tiba di rumah Ombuinang.Sabah Folk Tales 1-7Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas