lambai Kd | nama lain bagi tarian Sumazau di Beluran. | Di Beluran Tarian Sumazau lebih dikenali sebagai tarian Lambai dan demikian juga di Ranau di mana lebih popular dengan panggilan tarian Mengigol, tapi Mengigol yang dimaksudkan bukanlah Tarian Mengigol yang diwarisi oleh suku kaum Rungus yang terdapat di Kudat. | Sumazau dikenali Tarian Paina di Membakut | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kucingan MSb | sejenis pokok semalu yang memanjat. | Nanak melintasi kawasan belukar kecil di kiri dan kanan jalan. Belukar itu sering dilewatinya pada setiap hari. Pokok kucingan dan daun-daun lalang melambai-lambai ditampar angin petang. Ada kalanya kakinya bergesel dengan daun-daun lalang. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kuruna Bj, Sl | mahkota yang dibuat daripada kain baldu hitam dan dihiasi labuci. | Saire mula mengayun-ayun tangannya. Melangkah ke pentas mendahulukan kaki kanannya. Kaki seluar kantiu yang dipakainya berwarna jingga, terlambai-lambai. Kuruna di kepalanya berkilauan disambar cahaya lampu. | Sejambak bunga emas | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |