gokton, *gouton* Kd | hutan. | Tak payah... lagi dia orang pegi panat panat... Pegi apa tu, pegi mengusut tu gouton (hutan). | Membaca Mitos dan Legenda Kadazandusun | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kolungkud Kd | neraka. | Oleh sebab terlalu murka terhadap kelakuan Ponompulan, Kinoingan telah melarangnya daripada kembali ke libabau (syurga), dan menghantarnya ke kolungkud (neraka). | Membaca Mitos dan Legenda Kadazandusun | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
libabau, *libabou* Kd | syurga. | Oleh sebab terlalu murka terhadap kelakuan Ponompulan, Kinoingan telah melarangnya daripada kembali ke libabau (syurga), dan menghantarnya ke kolungkud (neraka). | Membaca Mitos dan Legenda Kadazandusun | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sinalau Kd, Tb | daging salai. | Pada suatu hari, orang kampung akan mengadakan satu majlis keramaian, dan mereka yang dijemput haruslah membawa sekeping sinalau (daging kering). | Membaca Mitos dan Legenda Kadazandusun | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
miamuk Kd Tn | mengamuk. | Jadi bila waktu berasik, dia orang ambil itu gendang, pukul! Jadi dia pandai bercakap. Dia bilang, "Miamuk, miamuk (mengamuk)" dia bilang. | Membaca Mitos dan Legenda Kadazandusun | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
manangod Kd | menyerang. | Oleh kerana ular yang dimakan oleh orang Kinasaraban itu adalah anak orang Tempasuk maka penduduk Tempasuk ini pun bersatu untuk manangod (menyerang) Kinasaraban. | Membaca Mitos dan Legenda Kadazandusun | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
padi kubong Kd Rn | padi bukit. | Kaka dia mau kasi tumbuh itu tu nugiari takanun (makanan) yang kita panggil padi kubong (padi bukit) yang nondoh (sekarang) om. | Membaca Mitos dan Legenda Kadazandusun | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
musandak Tb | hantaran kahwin. | Itu bilang, ini satunya bariyan (berian). Jadi manusia itu dia ambil itu kepala buat musandak (hantaran kahwin). Musandak itu manusia baru kau dapat kahwin. | Membaca Mitos dan Legenda Kadazandusun | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
miontong Kd | dewa pelindung. | Semua orang Kadazan dulu menyembah itu Tua Pek Kong (dewa Cina) juga. Ya, dulu. Ada yang menyembah penjaga di rumah. Kadazan bilang miontong (dewa). | Membaca Mitos dan Legenda Kadazandusun | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
manarad Kd | menyadap mayang kelapa untuk mendapatkan nira. | Bahagian Kampung Tempasuk, di tebing Sungai Tempasuk ada sepohon kelapa tempat seorang penduduk Tempasuk manarad (menyadap mayang kelapa untuk mendapatkan nira). | Membaca Mitos dan Legenda Kadazandusun | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |