Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : lubang yg halus (bekas tikaman, tempat keluar wap atau air pd enjin, dll): dgn lima ~ luka kena peluru itu, keadaannya parah sekali; tikam Laksamana tikam orang berani, sama se~ itu pun matilah Si Jebat itu; ~ hidung lubang hidung; ~ jarum mata (lubang) jarum; ~ kubur lubang kubur tempat menanam mayat; ~ kumbang lubang utk mengalirkan air keluar (pd perahu); ~ lahad lubang tempat meletakkan mayat (dlm kubur); ~ mata lekuk mata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : lubang yg kecil atau halus. ~ hidung lubang hidung. ~ kubur lubang yg digali tempat menanam orang mati. ~ lahad ruang tempat meletakkan mayat dlm kubur (dikeruk pd bahagian sisi sebelah kiblat liang kubur dan sama paras dgn dasar kubur). ~ roma lubang yg kecil-kecil pd kulit tempat peluh keluar. ~ stoma ist liang yg seni pd daun atau pd batang tumbuh-tumbuhan utk laluan udara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
liang (kata nama)
Bersinonim dengan lubang rongga, gohong, saung.,

Puisi
 

Dari Kedah ke Tanah Liang,
     Tinggi pasir Kuala Patani;
Pintu terdedah sampai siang,
     Apa taksir pada kami.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Cekarau besar liang.

Bermaksud :

Besar bualannya dan suka membuka rahsia orang. cekarau = sebangsa tumbuhan di air yang besar lubang batangnya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
liang hati, *beliang* MSrgelabah, terkejut, kaget.Milah yang sedang menyusun pinggan di atas meja kelihatan berliang hati. Sama seperti dua tiga bulan yang lalu sewaktu aku memberitahunya tentang abangnya Debam Isak yang tiba-tiba saja mahu dijodohkan dengan Mak Ketenten.Ketipung Bunga JambuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas