[lin.cah] | لينچه
Definisi : 1. tidak boleh diam (perangai dll), bergerak selalu: ~ sungguh urinya gasing itu; 2. tidak tetap (fikiran, pekerjaan, tempat tinggal, dll), bertukar-tukar selalu (isteri dll): gadis itu pun mulalah ~ dan tidak begitu endahkan tunangannya lagi; 3. cergas, giat, pantas, tangkas, rancak: mereka menjalani hidup dgn keyakinan sendiri, lebih berani dan lebih ~ drpd angkatan tua; begitu keanak-anakan isi suratnya, tetapi begitu ~; melincah-lincah, terlincah-lincah sentiasa berubah-ubah (tempat tinggal, pekerjaan, fikiran, dll), selalu bertukar-tukar, tidak tetap; kelincahan perihal lincah (selalu bergerakgerak dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[lin.cah] | لينچه
Definisi : 1 tidak diam (ttg tingkah laku dll); sentiasa bergerak. 2 cergas dan pantas; tangkas: Pemain bola jaring itu beraksi dgn ~. kelincahan sifat atau keadaan lincah (selalu bergerak dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)