Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lo.rong] | لوروڠ

Definisi : jalan (biasanya ada rumah di kiri kanannya), jalan kecil: sepanjang ~ itu orang tidur di kaki lima; berlorong mempunyai lorong: kawasan per­kampungan yg ~ kecil; melorongkan 1. mengarahkan, memandu, menunjukkan jalan: kelong mempunyai dua petak, petak luar ~ ikan masuk ke petak dalam; 2. mengabulkan, meluluskan (per­mintaan dll): permintaan mereka dilorong­kan Tuhan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lo.rong] | لوروڠ

Definisi : Mn ark berkenaan dgn, mengenai, tentang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lo.rong] | لوروڠ

Definisi : jalan kecil (biasanya ada rumah di kiri kanannya). melorongkan 1 menunjukkan atau mengarahkan jalan. 2 ki mengabulkan atau meluluskan (permohonan dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lorong (kata nama)
Bersinonim dengan jalan kecil, jalan, benderung;,
Kata Terbitan : melorongkan,

Peribahasa

Sepanjang-panjang tali,
     tidak sepanjang mulut manusia.

Bermaksud :

Cakap orang dapat dilakukan dengan sesuka hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Sepanjang-panjang lorong masih panjang mulut).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
arong Ib, Mllaluan, lorong pada jalan atau sungai.Telur ayam dipecahkan di kepala orang yang pengsan itu. Berdasarkan ajaran inilah orang yang pengsan kerana laluan arong semasa upacara gawai dipulihkan dengan menggunakan telur ayam.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas