apar Sk, Bd | sejenis dulang yang berkaki dan bercorak, dibuat daripada loyang atau tembaga. | Di dalam sebuah apar diletakkan seekor ayam jantan yang sudah dibelah perutnya, diletakkan pula tepak sirih loyang. | Berakhirnya Pesta Ngongcong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sinsing Kd, Tb | perhiasan pinggang dalam pakaian tradisi wanita Kadazandusun, diperbuat daripada tiga utas besi loyang berbentuk cincin. | Di pinggang pengantin perempuan terdapat lilitan yang dipanggil "Sinsing" yang terdiri daripada tiga utas yang diperbuat daripada besi loyang berbentuk cincin dan seutas lilitan yang diperbuat daripada duit-duit syiling perak lama. | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
giman Kd | sejenis tumbuhan menjalar yang boleh dibuat tali sundatang. | Kecapi ini dibuat daripada kayu nangka. Ia mempunyai dua atau tiga tali loyang. Secara tradisional tali-talinya dibuat daripada tumbuhan giman. Nada tali-talinya dibetulkan dengan memutarkan skru kayu telinga di atas alat ini. | Pengenalan kepada Alat-alat Muzik Tradisional Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |