tedah MSr | Kasihan, pernyataan simpati kepada seseorang akibat kesusahan dan sebagainya. | Pawi, bisik Pak Keri Ladun, menggamit lutut Udak Pawi. Nampaknya semakin teruk keadaan tedah Bujang Elak itu!" Udak Pawi hanya mengangguk-anggukkan kepalanya, lemah. Hatinya yang gelisah semakin bertambah gelisah. Tewaskah Syekh Jamal?. | Antologi Cerpen Hati | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
giak I Bj Sm, MSb | kerangka pada perahu. | Aku bersiap. Bajuku yang tersangkut pada giak lipa, kucapai. Seluar paras lutut yang longgar kusarungkan. | Pelauh | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
temawai Ib | bekas tapak rumah panjang yang ditumbuhi pokok-pokok baru. | Sudah mencapai ketumpulan usaha untuk mencari anaknya di kebun lada, sejam berjalan ke temawai, di pendam; manalah tahu dia menangis di situ atau di langkau. Sudah menyengat sekali rasa sengal pada lutut dan pinggangnya ketika mendaki bukit mencari Luyuh. | Antologi Cerpen Bunga Rimba | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |