Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata macam-macam

Puisi
 

Sampan kotak mudik ke Pangkor,
     Singgah pula Pulau Sembilan;
Macam diletak macam diatur,
     Macam cincin permata silan.


Lihat selanjutnya...(56)
Peribahasa

Macam kikir besi.

Bermaksud :

Orang kaya yang bakhil.

 

Lihat selanjutnya...(23)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
bertenek, *tenek* Skupacara bertindik.Gawai-gawai besar seperti kahwin, bersunat, bertenek dan macam-macam lagi. Tuk Ngoncong perlu ditempah awal-awal.Berakhirnya Pesta NgongcongGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sakang Ibazimat dan ubat-ubat bomoh.Emak dah buang segala kepercayaan tentang polong, jembalang, sakang, bunyi burung ketupong, mimpi dan macam-macam lagi. Yang hantunya bukan hantu, emak.Antologi Cerpen Bunga RimbaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ngirup Ibminum.Jangan buat macam tu. Kita ngirup untuk kejayaan. Bukannya bunuh-membunuh.Gugurnya Langit Hijau Nanga TigaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kampit, *kupit* MSbsejenis perahu besar.Nafasnya macam tersepit kepayahan, menatang daulat sebagi seorang Puteri Bangsawan Sulu. Dia menyandar lesu di perahu kampit yang menuju ke Laut Sulu. Tiba-tiba dia tersenyum pahit.Bagai Camar Di LautanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sagantang Kdnama lain (eufemisme) bagi tapai.Badan Lina terhuyung-hayang macam orang yang mabuk minum Sagantang.Proton Saga KelabuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
melelat-lelat MSrmenjalar.Masuklah. Ana terkejut daripada lamunannya yang melelat-lelat macam kangkung itu. Dilihatnya Mama Wong ada berhampiran dengannya.Ketipung Bunga JambuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
numpik SkProses membuat kuih tradisi orang Selako. Numpik ialah sejenis kuih yang digoreng macam cucur (putih jika menggunakan gula pasir dan coklat jika menggunakan gula Melaka (gula apung) untuk dimakan, dijadikan ramuan jampi mantera dan hadiah kepada orang yang menjampi mantera majlis gawai.Dilihatnya bapa masih terkedang di bawah dapur. Orang hendak numpik. Bapa perlu dialih ke tempat lain.Berakhirnya Pesta NgongcongGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
otop Mrnama sejenis perangkap binatang.Pantang nama Paring disebut, dia pasti melenting cepat. Macam perangkap otop yang menggunakan kayu balak penindih. Tersilap langkah, pasti terjerat.Antologi Cerpen Dukanya AbadiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pesesang, *pesisang* Bj, Ir, Kd, Tbkumbang padi, kersing.“Tapi, aku tidak berapa suka bah tuhau itu. Baunya macam pesesang (kumbang padi)”. Ricky pula mencelah dengan topik baru yang tiba-tiba menarik perhatian mereka pagi itu, susulan daripada masalah yang dihadapi oleh Julius.Kuasa politikGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
legar-legur MSrberdentam-dentum.Bapanya pun begitu juga, kalau sudah bergurau, bukan tahu batas dan sempadan lagi. Macam nak pecah rumah ni legar-legur kerana bunyi dia orang. Kelak, kalau sudah manas begitu juga. Ditegur sepuluh kali pun tidak mahu menyahut.Jagung Pulut Pusaka MoyangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
123

Kembali ke atas