Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ha.ra.ja] | مهاراج

Definisi : 1. raja besar; 2. sl gelaran atau se­butan bagi orang besar: Bendahara Seri M~; nikah M~ Boma prb nikah tanpa belanja; kemaharajaan perihal maharaja: semua negara Asia Pasifik pernah berada di bawah pengaruh besar ~ itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ha.ra.ja] | مهاراج

Definisi : 1 gelaran bagi raja-raja yg besar: ~ Rom. 2 sebutan utk orang-orang besar negeri: Bendahara Seri ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
maharaja
Rujuk :perintah, pemerintah,

Puisi
 

Bila maharaja diam di hutan,
     Tebu dan jagung rosak binasa;
Lama ditinggal wajah tuan,
     Rindu ditanggung setiap masa.


Lihat selanjutnya...(3)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
jerunai, *jerunei* Mltiang untuk menyimpan mayat keluarga pembesar masa dulu.Ini adalah adat raja dan adat orang yang mempunyai hamba abdi tatkala itu apabila mereka hendak mendirikan rumah atau mendirikan tiang 'jerunai'. Kononnya itu adalah sebagai persembahan kepada hantu penunggu tempat itu.Maharaja TugauGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
muas, *muaih* Ib, Mlratapan semasa upacara kematian.Pada masa dahulu kebanyakan daripada orang Melanau memang selalu meratap dan merintih apabila mendapat kecelakaan terutama ketika orang mati. Bermacam-macam perkataanlah terkeluar dalam ratapan itu. Ratapan begini dinamakan 'muas'. Bahkan sekarang ini di setengah-setengah tempat masih ada orang Melanau yang 'muas' pada masa kena kematian dalam keluarga.Maharaja TugauGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas