kakanun, *akanong* Kd | apa-apa jenis makanan. | Dia pegi tengok-tengok tu tampat dia dunia om. Tiba-tiba kaka dia... ingat ia mahu bagi satu jenis tu kakanun (makanan) yang boleh ditanam kaka... yang boleh dimakan, senang... nak mau urus. | Membaca Mitos dan Legenda Kadazandusun | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tinau, *tinauk* Mr | pesta keramaian yang dihadiri seluruh penduduk setempat. Biasanya makanan yang dihidang sepanjang pesta selama seminggu ialah air tapai, babi, lembu dan ayam. Sehingga makanan habis barulah semua pulang. Acara ini diwajibkan sekali seumur hidup. Selepas itu, menantu bebas daripada cengkaman berian. | Linus Antakin, 39, bingung memikirkan bagaimana dia mahu mencari wang untuk memuaskan hati mentuanya. Selain telah menghadiahkan pelbagai barangan, dia dituntut mengadakan majlis tinau – kemuncak pada adat berian. | Beri Sampai Mati Bah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
linut Kn, Ml, Pe | sejenis makanan dibuat daripada tepung rumbia, dimakan dengan cara mencampurkannya dengan air panas dicicah dengan sambal. | Talap mengajak rakyatnya menetap di situ. Mereka cepat pandai mengerjakan rumbia kerana sudah biasa memperolehi sagu palma pantu yang hampir serupa. Mereka pandai membuat makanan seperti linut dan tumpu daripada tepung. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bangas MSb | makanan atau minuman yang basi. | Penyelesaian fasal tanah yang kami duduki itu tidak berhasil. Tuntutan kami juga buntu macam apam bangas. Namun kami tidak berdiam diri. Kami berjumpa ketua daerah, minta simpati, minta belas kasihan. | Pulut Kuning Daging Rendang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
binulu, *binuluk* Mr | makanan (biasanya ikan) yang dimasak dalam bambu. | Bukan itu saja. Rasailah hidangan tradisi Murut seperti sinalag (daging kering), tuau (sayur-sayuran liar), binulu (dimasak dalam bambu) dan tambah. Ia memang berbeza sekali. Jadi datanglah ke Tenom dan alami kebudayaan Murut yang tidak pernah anda rasai. | Buletin Malaysian Borneo Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
terloek MSr | terkeluar sedikit makanan dari mulut. | Di bawah pipi kanannya yang menyengat terjelepak longgokan putah yang terloek dari perut dan terpacul dari kerongkong dan mulut. | Berakhirnya Pesta Ngongcong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
putah Sk | isi perut/makanan yang dimuntahkan apabila mabuk. | Di bawah pipi kanannya yang menyengat terjelepak longgokan putah yang terloek dari perut dan terpacul dari kerongkong dan mulut. | Berakhirnya Pesta Ngongcong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
miring Ib | upacara mempersembahkan makanan untuk dewa. | Oh... saudara Baring, keluarlah. Jangan mengusik emak dalam bilik, kata hantu itu tadi. Baring pun keluar dan terus memulakan upacara miring walaupun tidak mempunyai pengalaman dalam tugas tersebut. Mereka yang lain pun turut miring. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
amboyat, *ambuyat* Bs, Mr | sejenis makanan yang diperbuat daripada tepung sagu yang dimasak menggunakan air panas. | Sesungguhnya, memang Paring sedar. Dia masih sayangkan anak-anaknya. Malah semakin hari semakin kental. Sekental amboyat. Namun, anak-anaknya kini sudah dewasa. | Antologi Cerpen Dukanya Abadi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
simpur MSb | 1. buah simpuh, digunakan untuk membungkus sesuatu (makanan); Dillenia aurea. | Daun-daun simpur yang dikutipnya begitu banyak. | Ngayau | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |